CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tampal Buah Pinggang Babi Pada Manusia

22-10-2021 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1444| Komen: 17

WWashington: Satu pasukan perubatan di Amerika Syarikat (AS) berjaya 'menampal' secara sementara buah pinggang babi kepada seorang individu.


Ia dianggap sebagai keajaiban dan mempunyai potensi oleh pakar bedah.

Pembedahan yang dilakukan pada 25 September lalu membabitkan haiwan penderma yang diubah secara genetik dan pesakit yang mati otak.

Foto: AFP


Eksperimen dua hari itu mendapat kebenaran keluarga pesakit berkenaan, lapor AFP.

Pengarah Institut Transplan di Universiti New York (NYU) Langone, Robert Montgomery melakukan pembedahan itu dengan beberapa rakannya.

"Ia melakukan apa yang harus (organ) itu lakukan, iaitu membuang sisa dan membuat air kecil," katanya.

Pakar memasukkan buah pinggang babi ke saluran darah di bahagian atas salah satu kaki pesakit, supaya ia dapat dipantau dan sampel biopsi dapat diambil.

Mereka lega kerana ini adalah peluang lain untuk pendermaan organ.

Pesakit kemudian 'dikeluarkan' daripada bergantung kepada ventilator dan meninggal dunia selepas ujian selama 54 jam itu.

Penyelidikan sebelumnya menunjukkan bahawa buah pinggang daripada babi kekal bertahan pada bahan ujian bukan manusia hingga satu tahun, tetapi ini adalah pertama kalinya ia dilakukan terhadap manusia. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 22-10-2021 01:29 PM
Xdak binatang lain ka yg ada function sama mcm ginjal kita?
Quote Decaffeinated 22-10-2021 05:30 PM
aku saspek wartawan ni pun tak faham apa dia tulis termasuk abg tongkat si tuan tanah

Quote ayukpingu 23-10-2021 10:56 AM
macam macam la
Quote sqlite3 23-10-2021 11:09 AM
orkid_amani replied at 22-10-2021 01:29 PM
Xdak binatang lain ka yg ada function sama mcm ginjal kita?

Dna babi lebih hampir dgn dna manusia. Sebab tu babi dipilih.
Quote angelofish 23-10-2021 11:23 AM
sqlite3 replied at 23-10-2021 11:09 AM
Dna babi lebih hampir dgn dna manusia. Sebab tu babi dipilih.


DNA pokok pisang 60% sama dengan manusia.kenapa tak guna organ pokok pisang
Quote Belibis 23-10-2021 11:26 AM
angelofish replied at 23-10-2021 11:23 AM
DNA pokok pisang 60% sama dengan manusia.kenapa tak guna organ pokok pisang

Kalau masalah jantung,mungkin boleh dipertimbangkan.
Quote angelofish 23-10-2021 11:31 AM
fakta ikan buntal. The pufferfish and humans diverged between 300 and 400 million years ago. ... Since it's 99.9 percent genetically similar to humans, the small amount of DNA that differs between the two species promises to reveal important secrets about human evolution.13 Feb 2001
Quote angelofish 23-10-2021 11:31 AM
Belibis replied at 23-10-2021 11:26 AM
Kalau masalah jantung,mungkin boleh dipertimbangkan.

buat kuah pecal.tambah tempe...
Quote bakingsoda 23-10-2021 02:08 PM
sqlite3 replied at 23-10-2021 11:09 AM
Dna babi lebih hampir dgn dna manusia. Sebab tu babi dipilih.

adakah ni jugak possibly kenapa babi haram dimakan. makan babi umpama memakan saudara sendiri manusia jugak ramai perangai cam babi no wonder
Quote spankee_fili 23-10-2021 02:28 PM
bakingsoda replied at 23-10-2021 02:08 PM
adakah ni jugak possibly kenapa babi haram dimakan. makan babi umpama memakan saudara sendiri :lol ...

Camtu iols selalu ngusik kawan game iols, panggil dia cannibal sebab makan babi
Quote kakikuDibibirmu 23-10-2021 07:30 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 27-10-2021 07:54 PM

Inilah rahmat elohim yang telah menyumpah ummah suci yehudi menjadi kera dan babi, terus organ babi compatible dengan manusia dan senang nak ternak virus vaksin dalam darah babi

ayat holy koran 5:60

Quote cmf_premierleag 23-10-2021 07:36 PM
Belibis replied at 23-10-2021 11:26 AM
Kalau masalah jantung,mungkin boleh dipertimbangkan.

IJN dah bleh la bukak tender kt pekebun2 pisang utk supply jantung pisang utk proses transplant jantung nanti
Quote ipes2 23-10-2021 08:15 PM
ini di panggil Xeno Paradox
pig's tissues memang banyak diguna dalam manusia kerana, factor yg mula2 ialah ialah size (ye, eg, heart valves etc); lain issues ialah reliable, mudah dihandle tissues nyer, dan availability (eg untuk cells yg buat insulin etc)

malah dari segi research pun, dimana byk research guna porcine tissues utk test various things, kerana reaction tissues itu tidak jauh dari reaction cells kita



Quote edayildiz 23-10-2021 11:18 PM
they hv the most similar organs to us somehow
Quote LadyCarefree 23-10-2021 11:24 PM
cmf_premierleag replied at 23-10-2021 06:36 PM
IJN dah bleh la bukak tender kt pekebun2 pisang utk supply jantung pisang utk proses transplant ja ...

Adoiiiii hahahhahahaah
Quote LadyCarefree 23-10-2021 11:25 PM
ipes2 replied at 23-10-2021 07:15 PM
ini di panggil Xeno Paradox
pig's tissues memang banyak diguna dalam manusia kerana, factor yg mula2 ...

Kalau heart is babooon kan?
Quote Thunderclouds 24-10-2021 01:20 AM
cmf_premierleag replied at 23-10-2021 07:36 PM
IJN dah bleh la bukak tender kt pekebun2 pisang utk supply jantung pisang utk proses transplant ja ...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.285734 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top