CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elon Musk Dijangka Bakal Menjadi Trillionaire Pertama Di Dunia

22-10-2021 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4701| Komen: 62

Sebuah bank pelaburan menjangkakan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk bakal menjadi trillionaire pertama di dunia.

Ramalan itu berdasarkan keupayaan Musk menjana lebih banyak pendapatan hasil daripada perniagaan eksplorasi angkasa lepas SpaceX, lapor The Guardian.

Penganalisis di bank pelaburan, Morgan Stanley memberikan gambaran terhadap hartawan paling kaya di dunia itu melibatkan industri yang berpotensi termasuk infrastruktur angkasa lepas.

Foto: The Guardian

“Lebih seorang klien memberitahu sekiranya Elon Musk menjadi trillionaire pertama, bukan disebabkan Tesla, tetapi adalah kerana SpaceX yang merupakan syarikat paling bernilai tinggi di dunia mengatasi semua industri,” katanya.


Menurut Stanley, roket boleh guna semula Starship milik SpaceX boleh membawa orang awam dan kargo ke bulan dan planet Marikh serta berpotensi menjana pelaburan dalam industri angkasa lepas.

Space X bernilai AS$100 bilion dalam penjualan saham sekunder bulan ini, sekali gus menjadikan syarikat swasta terbesar kedua di dunia di belakang syarikat internet, ByteDance.

Musk memiliki saham sekitar 48 peratus SpaceX dan harta bernilai AS$243 bilion (RM972 bilion).-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_acura 22-10-2021 09:28 AM
kaya spekulasi je... saham, duit masuk dari hasil pelancungan angkasa tarak
Quote hashashes 22-10-2021 09:35 AM
Trillion berapa kosong kat belakang 1 eh? kang dah kaya sangat nanti jadi macam org tua dalam squid game tu cakap, duit banyak sangat pun sama ngan orang yang takde duit langsung, xtau nak buat apa. Kau jangan buat version squid game ko plak Elon
Quote stingerfriday 22-10-2021 09:45 AM
cmf_acura replied at 22-10-2021 09:28 AM
kaya spekulasi je... saham, duit masuk dari hasil pelancungan angkasa tarak

Inila hinanya bangsa kita, mencipta perkara baru bagi kemaslahatan dunia jauh sekali, meraikheunz kesungguhan creative innovasi org yg bekerja keras atas tujuan yg akhirnya memakmurkan bumi....tidak sekali..yg kita paling ngetop....berdengki ...

Same old same old...

Kahkahkahkahkahkah
Quote stingerfriday 22-10-2021 09:49 AM
hashashes replied at 22-10-2021 09:35 AM
Trillion berapa kosong kat belakang 1 eh? kang dah kaya sangat nanti jadi macam org tua dalam s ...

Its not about the wealth...but the passion...doing the things you love....sebagai org islam kita harus merasa malu sebab kita hanya mampu utk terus menjadi golongan pengguna dan bukan golingan yg mencipta pada skala yg besar yg dapat memberi manfaat serta memakmurkheun bumi...



The attitue in us? Ah tak payah kerja keras....perlembagaan telah menjanjikhen hak kita yg akan terus dibantu..warga bumiputera...

Pala bu toh masak asam la...

Kahkahkahkahkahkah
Quote chandrahusin 22-10-2021 10:07 AM
Trillion is a million million (1,000,000,000,000)
perghhhh
Quote lavendernovella 23-10-2021 02:04 AM
Bukan boleh bawak mati pun.
Quote matamata 23-10-2021 08:42 AM
Tp roket yg boleh guna semula tu mmg canggihla... Buat injin roket sendiri dalam masa singkat dan banyak... Sblm ni NASA bergantung pada injin roket Russia... Org yg buat injin roket tu pun asalnya buat sbg hobi je, Musk blh nampak talent org ni terus lantik jadi designer roket
Quote ayukpingu 23-10-2021 10:28 AM
perghhh...
Quote Normabaru 23-10-2021 12:45 PM
pakcik kayoooooo..yahuuu
Quote Artemesiaa 23-10-2021 12:53 PM
Niaga tak banyak saingan untung besar le
Quote Guccibamboo 23-10-2021 12:55 PM
Jd kaya ni seronok....tp kalau jd terlampauuuuu kaya (sesape xyah nak terasa lah...uols bukan golongan ni pun)  mungkin dah hilang seronok.
Quote Belibis 23-10-2021 02:54 PM
Ada tak bideo dia campak2 duit?? Atau cakap jam dia 89k??! Kot aku terlepas pandang.
Quote underground 23-10-2021 03:22 PM
Guccibamboo replied at 23-10-2021 12:55 PM
Jd kaya ni seronok....tp kalau jd terlampauuuuu kaya (sesape xyah nak terasa lah...uols bukan golong ...

betul.

sampai dah limit keseronokan dibenarkan di dunia ni.

makan benda sama je mcm org lain.
tidur sama atas tilam sama mcm org lain.

berjimak tetap sama rasa macam org lain. bukan makin kaya boleh unlimited shot 1 malam... gittewww...

sampai la bila badan mula sakit2..

kaya tahap Qarun pun dah tak berguna.

jauh betul beza syurga dunia dengan syurga akhirat yang unlimited dan kekal abadi.
Quote matamata 23-10-2021 03:37 PM
Org mcm Elon ni kaya bukan lah lagi matlamat dia... Dia boleh pencen anytime dan enjoy duit yg dia ada (makan duit interest pun tak blh luak), tp dia ni visionary, apa yg dia buat ni mostly org tak terfikir dan tak mampu nak fikir mcm dia...
Quote namr 23-10-2021 03:51 PM
Abg elon, tolong bank in rm1juta please
Quote acikhan 23-10-2021 04:14 PM
hensem gak bang elon nie cuma die kene kurus cikit la jgn bam sgt...hulur rm500k pun jd la Kat haku haaa
Quote Lagubestbest 23-10-2021 04:18 PM
Edited by Lagubestbest at 23-10-2021 04:29 PM
hashashes replied at 22-10-2021 09:35 AM
Trillion berapa kosong kat belakang 1 eh? kang dah kaya sangat nanti jadi macam org tua dalam s ...

elon ni perangai macam Tun M juga, dia suka "permainan" tu. duit terkumpul tu cuma byproduct je, kalau orang tanya pasal kekayaan, pasal pelabur, pasal nilai saham syarikat, dia nak explain pun tak pandai sebab dia bukan betul2 peduli pun benda tu semua. ntah2 kalau takde sape kontrol, elon musk alan bersara papa kedana sebab "permainan" dia makin lama makin besar. tp tu tak mungkin la kot sebab nak ajak dia naik pentas pun dah berapa.
Quote edayildiz 23-10-2021 07:47 PM
kaya pun dah kena cerai jgk kan..apa ye yg menyebabkan partner tamo hidup bersama wpn kaya nak m..mesti sesuatu
Quote kakikuDibibirmu 23-10-2021 08:12 PM
El On Mars = Tuhan di planet Marikh

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.112130 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top