CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Kenderaan Diparkir Tepi Jalan Calar Teruk Diseret Lori

22-10-2021 09:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9490| Komen: 183

Putrajaya: Sepuluh kenderaan yang diparkir di bahu jalan di kawasan belakang Kompleks Kerajaan Parcel E, di sini, mengalami kerosakan akibat digesel sebuah lori hari ini.


Kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu disahkan Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz dan tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

A Asmadi tidak menolak kemungkinan kenderaan yang diparkir di bahagian kiri dan kanan jalan itu menghalang kelancaran laluan, sehingga menyebabkan kenderaan lain sukar untuk melepasi jalan berkenaan.


Foto: Harian Metro

"Daripada rakaman CCTV, saya lihat laluan jadi sempit. Mungkin pemandu lori itu lama menunggu untuk melepasi laluan namun pemilik kereta tidak muncul.

"Maka dia (pemandu lori) cuba melepasi laluan itu dengan merempuh kereta," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemandu lori itu berjaya dikesan polis dan pihaknya akan mengambil keterangan daripada semua pihak yang terbabit.

"Apa pun kita akan siasat dahulu untuk dapatkan maklumat punca sebenar kejadian," katanya dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menerusi rakaman CCTV yang tular, sebuah lori berwarna putih dilihat melanggar sebuah kereta berwarna merah di bahagian kiri laluan sebelum mengundur dan melanggar sebuah kereta berwarna putih.

Lori terbabit kemudiannya kelihatan melanggar kereta berwarna putih itu sekali lagi dan meneruskan perjalanan dengan melanggar beberapa kereta lain yang turut diparkir di bahu jalan sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian sisi kereta.-CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adm7 21-10-2021 08:36 PM
Tunaiiii

Quote pooh~key 21-10-2021 08:36 PM
Nak komen pun akak tak kuasa sisss!
Quote Xim 21-10-2021 08:38 PM
Video
[fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3153381631573303&id=1765526573692156[/fbp]

Quote edayildiz 21-10-2021 08:40 PM
tak nampak pulak bideo
Quote nolya 21-10-2021 08:51 PM
Kereta parking kiri kanan memang nampak lorong tengah itu sempit.  Lari badan besar memang akan tersenggol atau mencalarkan kereta2 di laluannya.  Tu belum lagi lori sampah. Town planning tak fikir ke sediakan parking area.
Quote Xim 21-10-2021 08:53 PM

Kena tunggu jap bg dia loading ....
Quote Firenzza 21-10-2021 09:02 PM
Yg parking kiri kanan pun salah juga, lagi la klau ada line putih
Quote edayildiz 21-10-2021 09:05 PM
ok dh nmpk..hihi..la bodo jgk driver lorry..ingt lorry besar..yg nk jgk lalu tmpt sempit nape
Quote insulin 21-10-2021 09:08 PM
Pemandu lori yang bodoh. Kalau tak boleh lalu, kenapa terus drive situ? dasar manusia terencat akal, kan?
Quote Belibis 21-10-2021 09:36 PM
edayildiz replied at 21-10-2021 08:40 PM
tak nampak pulak bideo

Pernah nengok citer nujum pak belalang?? Kalau tak nampakkkkkkk....
Quote edayildiz 21-10-2021 09:45 PM
Belibis replied at 21-10-2021 09:36 PM
Pernah nengok citer nujum pak belalang?? Kalau tak nampakkkkkkk....

ok dah nampak

Quote auntieagony 21-10-2021 09:56 PM
Masalah klasik di Putrajaya adalah masalah parkir/parking.



Quote tikar^buluh 21-10-2021 10:15 PM
Ni parking kat ofis aku. Parking sana mmg hanat. Kereta mmg terpaksa park kiri kanan sbb dah xde tpt sgt. Bayangkan je la, parking berbayar pon org terpaksa double triple park, apatah lagi yang free mcm ni.

Tolong la pihak berkuasa kat sini buat tindakan sesuatu. parking basement untuk bos2 je. pastu byk yg kosong. staff marhain terpaksa menapak jauh, bayangkan je la kalau ibu mengandung.

Lori ni mmg bangang sebenarnya, samada first time dtg situ atau mmg dah takde hati perut.

Quote mr_cool5885 21-10-2021 10:17 PM
Edited by mr_cool5885 at 21-10-2021 10:18 PM

Yg salahkan lori mesti ummah yg parking asal boleh tepi jalan takde akal pikir kenderaan atas jalan ni ada bas, lori 1 tan, lori sampah, lori pasir dsb. Kalau bomba nak lalu ade pulak otak cakap yg parking tepi jalan tu salah.
Kalaupun takde parking disediakan, parking sebelah jalan sudah lah. Terlalu ramai ummah asal boleh ni. Last2 tak dapat ganti rugi.
Quote LoveSungmin 21-10-2021 10:23 PM
kenapa nak salahkan lori kalau kereta tu yang park dekat tempat tak sepatutnya? ada petak parking ke kat situ? ke driver tu semua ambil lesen terbang je?

cash la sebab bodoh sangat parking kereta merata.. syabas abang lori! terhibur i tengok video tu
Quote Supersirap 21-10-2021 10:26 PM
Nasiblah parking macam tu memang mengundang
Quote cmf_premierleag 21-10-2021 10:55 PM
Padan muka keter2 tu sume
Sah2 la tu bukan designated parking
Kalo claim insurans pun x dpt sbb ko x park kt parking yg betul
Dah tau susah parking, amik la grab
Sbb tu org ckp park at your own risk
Quote Decaffeinated 21-10-2021 11:27 PM
LoveSungmin replied at 21-10-2021 10:23 PM
kenapa nak salahkan lori kalau kereta tu yang park dekat tempat tak sepatutnya? ada petak parking ke ...
Tiada sebarang tuntutan ganti rugi yang boleh dibuat oleh mangsa yang terlibat memandangkan kawasan atau laluan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan parkir
ni aku curah petrol lagi bagi menambahkan keceriaan





Quote Decaffeinated 21-10-2021 11:32 PM
"pemandu lori berkenaan akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi memberi keterangan."

siapa tau apa akan jadi pada driver lori ni? aku rasa habis2 pun saman memandu secara merbahaya kot itu pun susah

Lihat semua komen(183)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.058314 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top