London– Seorang ibu yang masih menyusukan dua anaknya masing-masing berumur lima dan enam tahun memberitahu bahawa dia tidak akan berhenti memberikan susu badan sehingga mereka bersedia meninggalkan ‘tabiat’ tersebut, lapor laman berita Mail Online.
Sheryl Wynne, 39, berkata, memberi susu badan kepada dua anaknya yang sudah bersekolah adalah perkara normal dan ia menjadikan hubungan mereka lebih akrab. Sheryl menyusukan Riley, 6, dan Mylo, 5 sebelum mereka ke sekolah dan pada waktu petang. Malah, dia juga menyusukan anaknya di taman permainan taska. Tindakannya menyebabkan dia menerima komen negatif daripada orang luar dan ahli keluarga yang mempersoalkan sekiranya anak-anaknya masih bersifat ‘keanak-anakan’ kerana masih menyusu badan. Sheryl bagaimanapun membalas bahawa mereka adalah ‘kanak-kanak’. Biarpun Sheryl pada mulanya merancang untuk berhenti menyusukan dua anak lelakinya itu selepas Riley berusia tiga tahun, Riley bagaimanapun mengatakan bahawa dia mahu menyusu badan sehingga berusia 10 tahun. “Saya kerap memikirkan bila saya akan berhenti menyusukan mereka. “Ia rasa seperti satu kesalahan untuk berhenti melakukannya (menyusu badan). Itu adalah permintaan anak-anak saya dan biarpun ia tidak dianggap normal dalam masyarakat, secara biologinya, tindakan itu adalah normal,” kata wanita itu. Tambahnya, menyusu badan menjadikan hubungan Sheryl dan anak-anaknya semakin rapat. Biarpun menerima respons negatif daripada keluarga dan rakan-rakan, Sheryl melihat menyusu badan sebagai cara untuk dia berhubung dengan anaknya selain menjadikan mereka selesa di sekolah. Dia berharap untuk mengubah beberapa mitos menyusu badan. Bagi Sheryl, keputusan itu adalah sesuatu yang berasa amat semula jadi. – CARI Sumber: Kosmo
|
Carcosa replied at 22-10-2021 05:17 PM
Aku yg kasi anak aku menetek smp 2y3m pun dok geram2 dgn dia bila terkena gigi dia
Ni kan dah ...
umbut replied at 22-10-2021 04:35 PM
Biasa camni budak suka buat ala2 puting. Bukan ada susu pun..
monreyes replied at 22-10-2021 09:14 PM
bila dah ngantuk ..selak baju mak...
pastu kemam2 lah...
edayildiz replied at 22-10-2021 10:21 PM
anak dh bsr tu..kalau gigit mau putus ..hakak letak lipstic kt nenen..nnti ank pun tamo isap
perem ...
Belibis replied at 22-10-2021 09:04 PM
Alaaa..paknya pun ada gigi jugakkkk..xde komplin punnn..
ketipongtipah replied at 22-10-2021 09:01 PM
Ko letak je kat puting tu benda pahit besok dia sendiri tolak.
Itu pon nak kena ajarrr
green~tea replied at 22-10-2021 10:00 AM
Mmg patut stop susu badan by 2-3 yrs... is more for psychological and mental development anak tu... ...
ADVERTISEMENT