CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buaya 'Vegetarian', Makan Nasi Dua Kali Sehari

22-10-2021 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1641| Komen: 11

New Delhi – Seekor buaya yang tinggal di dalam kolam kuil Sri Ananthapadmanabha di utara negeri Kerala, India dianggap cukup unik kerana tidak pernah makan daging, lapor laman berita Oddity Central semalam.


Buaya bernama Babiya itu diberi jolokan buaya vegetarian kerana hanya makan nasi yang dimasak sepanjang tinggal di kuil itu.

Foto: Oddity Central

Paderi-paderi di situ mendakwa buaya itu tidak pernah menyerang mereka dan menganggap buaya Babiya sebagai suci.

Haiwan itu akan makan dua hidangan nasi sehari, iaitu pada waktu pagi dan tengah hari.

Menurut seorang petugas kuil itu, Babiya tidak pernah menerima hidangan daging mahu pun menyerang ikan-ikan di kolam itu.

Namun, menurut seorang pakar buaya, Anirban Chaudhuri, buaya lazimnya akan makan makanan yang biasa dimakan iaitu daging.

“Namun, perlu difahami bahawa buaya merupakan haiwan yang ‘tahan lasak’. Boleh jadi, makanan utamanya adalah ikan-ikan di dalam kolam tersebut dan hanya makan nasi sebagai makanan tambahan,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 22-10-2021 09:36 AM
Buaya tapi babi hahaha...
Quote glump 22-10-2021 10:01 AM
Lain je terus label suci hahah
Quote ayukpingu 23-10-2021 10:31 AM
tunggu la buaya tu lapar...dengan ko sekali dia pegi ngappp
Quote Belibis 23-10-2021 02:50 PM
glump: Lain je terus label suci hahah

Betul dahhh..anjing dengan babi jer najis.binatang lain suci la kiranya..
Quote Jayayakaka33 23-10-2021 04:37 PM
Mcm2 la yg suci kat yindia ni
Tp perangai jantan2 kat sana hauk gak
Quote edayildiz 23-10-2021 04:46 PM
cuba tengah boya tu kebulur p lepak sblh kena ngap jugak
Quote Lagubestbest 23-10-2021 06:02 PM
dua hidangan tu berapa banyak? dua periuk nasi sehari kah? mmg bloating sentiasa la itu buaya nk makan apa lagi.
Quote kakikuDibibirmu 23-10-2021 08:01 PM
Taik pun persis taik orang jah sebab makan nasik, atokcow ijau tersenyum sinis
Quote nakkomenjugak 24-10-2021 12:53 PM
So disembah jugak keee acaner
Quote Artemesiaa 24-10-2021 01:14 PM
Dah cukup makan mana nak disambarnya benda lain cer try bila dah tak ada bekalanan makanan nanti pasti lain jadinya
Quote CikYaYaYa 24-10-2021 01:53 PM
Banyak benor dianggap suci erk kat Yindiaa nun.. Buaya laaa, lembu laaaa, Sungai yg plg kotor kt dunia pon dianggap sucii..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.074181 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top