Isu berkaitan lawak lucah yang semakin hangat diperkatakan sejak beberapa hari ini tidak menunjukkan tanda pengakhiran.
Isu berkaitan lawak lucah ini timbul selepas tular sedutan temu bual menerusi sebuah program yang melibatkan beberapa orang pelakon berkongsi pengalaman watak jahat lakonan masing-masing. Dalam video yang mengundang kecaman ramai itu, pelakon tersebut telah berkongsi secara terperinci tentang pembikinan babak rogol melibatkan seorang pelakon wanita yang disifatkan agak keterlaluan dan melampau. Terbaharu, ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg berkongsi pengalaman di media sosial Twitternya berkaitan isu lawak lucah membabitkan jurulatihnya.
Katanya, dia mempunyai pengalaman dengan seorang jurulatih yang sering membuat lawak lucah tanpa mengira tempat dan tidak menghormati orang lain. “Dulu saya ada seorang coach (jurulatih) yang suka buat lawak lucah. Saya buat diam je, tak pun ‘fake laugh’ sebab takut dengan dia. Pernah sekali tak tahan, saya tegur dia tapi kena buli balik. Tujuh tahun kemudian dia terlibat dengan kes rogol. “Paling sedih, dalam tujuh tahun itu dia akan buat hal setiap tahun. Kami atlet tak boleh buat apa sebab ‘backup’ besar dia adalah ketua jurulatih kami sendiri,” katanya. Tambahnya, secara kesimpulannya, kita memerlukan ketua yang baik yang boleh memperbetulkan kesalahan bukan menutup kejahilan. “Kepada yang menjadi mangsa kes ini, bersuaralah! suara kecil anda amat diperlukan sekiranya kita bersama-sama berjuang dalam menghentikan isu ini. “Bagaimanapun, kami bernasib baik dilindungi persatuan. Apa-apa pun, cerita ini berakhir dengan pengakhiran yang mengembirakan,” jelasnya. Pada 11 Oktober 2017, negara dikejutkan dengan berita jurulatih pasukan terjun kebangsaan, Huang Qiang, didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol seorang atlet terjun kebangsaan wanita berusia 20 tahun di Kompleks Akuatik Sukan Negara, Bukit Jalil pada September lalu. Perkongsian Pandelela itu telah diulang ciap sehingga 8,734 kali dan mendapat lebih 9,674 tanda suka. – CARI Sumber: Kosmo
|
Suchi replied at 21-10-2021 01:30 PM
Nampak tak kenapa pompuan acah2 ketawa bila laki melucah? Bukan sbb dia syok tp sbb takut.
Tp org ak ...
Suchi replied at 21-10-2021 01:30 PM
Nampak tak kenapa pompuan acah2 ketawa bila laki melucah? Bukan sbb dia syok tp sbb takut.
Tp org ak ...
Suchi replied at 21-10-2021 01:30 PM
Nampak tak kenapa pompuan acah2 ketawa bila laki melucah? Bukan sbb dia syok tp sbb takut.
Tp org ak ...
mamajawie replied at 21-10-2021 03:19 PM
iollss pun x suka melawak lucah..tpi tu la fmily belah somi iollss suka bebenor ckap benda private n ...
ifanonline replied at 21-10-2021 05:02 PM
disini betapa indahnya amalan Islam...aktiviti wanita di buat dgn wanita sahaja, aktiviti lelaki di ...
Redskin replied at 21-10-2021 04:33 PM
Sama ajer, ramai ajer pompuan2 esp kat ofis dan majlis perkawinan buat lawak lucah or double meaning ...
ADVERTISEMENT