CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek 2 Cucu Nikah Pucuk Muda- Nampak Macam Anak Dara, Che Ta Jadi Inspirasi

21-10-2021 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22400| Komen: 272

Jarang-jarang sekali kita melihat si anak hadir pada majlis perkahwinan ibu sendiri.

Lebih mengagumkan, video kejelitaan si ibu yang terserlah dalam persalinan busana pengantin warna putih ini meraih lebih 750,000 tontonan di aplikasi TikTok.


Wajahnya turut nampak muda berbanding usianya, sekali gus mengundang pujian dan pelbagai reaksi netizen terhadap pengantin perempuan berkenaan.

Foto: mStar Online


Susulan video yang tular itu, Nur Syahindah Mohamad Kamal berkata, ibunya yang berusia 50 tahun bernikah bersama lelaki pilihannya berusia 37 tahun pada 10 Oktober lalu.


Dia yang berusia 24 tahun mengakui ibunya yang sebelum ini bergelar ibu tunggal selama enam tahun amat menitikberatkan tentang penampilan, penjagaan kesihatan dan kecantikan.



"Dari saya kecil lagi, ibu memang jaga betul-betul kulit dia. Bukan setakat kulit, ibu jaga badan juga, dia ada letak satu target tertentu untuk tak boleh melepasi berat tu.

"Jadi, ibu sentiasa maintain kurus. Dia amalkan diet, kami anak-anak pun diet. Kalau anak-anak tak diet, nanti dia pun terikut makan dan berat badan naik," katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Indah, dia berkata, antara diet yang diamalkan mereka sekeluarga sama ada dengan berpuasa atau pengambilan makanan di sebelah pagi dan hidangan nasi berlauk untuk makan malam.



Foto: mStar Online


"Ibu juga banyak makan buah-buahan. Bukan sekadar pemakanan, ibu ada peruntukkan masa untuk dirinya sendiri dengan melakukan rawatan kecantikan muka.

"Dia betul-betul jaga penampilan dari atas sampai bawah. Kadang-kadang ibu akan tempah slot buat facial untuk anak-anak ikut dia sekali.

"Kita mungkin ada masa untuk malas, tapi ibu tak ada. Dia sangat rajin jaga kulit muka, tak nak bagi naik jerawat atau nampak kedut," ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Foto: mStar Online


Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, gara-gara video yang tular membuatkan aplikasi WhatsApp miliknya dihujani pelbagai mesej bertanyakan tentang ibunya.

"Saya ada jual produk krim malam dan sunscreen (pelindung matahari). Bila video ibu jadi viral, saya terima kira-kira 1,500 mesej di WhatsApp.

"Ibu punya penangan, sampai lenguh tangan nak baca dan balas semua mesej. Saya anggap ini rezeki, Alhamdulillah," katanya sambil menambah ibunya merupakan seorang ahli perniagaan.

Jika sebelum ini rata-rata pengguna atau pelanggannya merupakan golongan muda, namun kali ini lebih banyak pertanyaan dan mesej diterima daripada wanita berusia 40 tahun dan ke atas.

"Sekarang ni ramai makcik-makcik mesej nak kulit macam ibu. Walaupun saya dah nyatakan usia ibu 50 tahun di video, tapi masih ada yang ingat ibu macam 30-an.

"Bagi kami adik-beradik, ia bukan perkara baru kerana sebelum ini pun bila kami keluar bersama, orang luar ingatkan ibu adalah kakak kami.

"Malah bila ibu keluar dengan abang sulung, ada yang sangka abang tu suami ibu," tambahnya.

Foto: mStar Online


Dalam pada itu, ibunya yang merupakan nenek kepada dua cucu menjadikan pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta, 50, sebagai inspirasi dari segi penampilan dan kecantikan.

"Ibu teringin sangat nak jumpa Che Ta. Kata ibu, walaupun Che Ta sudah berumur, tapi tetap nampak lebih muda daripada orang-orang muda," kata Indah sambil menambah ibunya turut mengikut perkembangan Che Ta menerusi drama-drama lakonan pelakon jelita itu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote secawankopi 21-10-2021 12:14 PM
cantik, dan sepadan tahniah
Quote ezacbee 21-10-2021 12:15 PM
Baru tau umo che ta dah 50an. Kalau tak asyik 40an je.
Ni founder produk timang kilo jugak ke? Dah terang2 tulis mak dia g facial, diet bagai. Ada gak terpengaruh nak beli krim acik ni.

Quote batmana 21-10-2021 12:19 PM
tak adil klu bandingkn dgn che ta, tapi aku tgk mmg che ta nmpk tua dari ibu dia lak..

klu betul2 nk bandingkan wajah tu, basuhla muka , buang makeup, barula nmpk cantik tu cmne...

Quote evlinne 21-10-2021 12:28 PM
Che ta dia habaq nampak muda?
Choiii. Kalau maria paritdah ke amy mastura tu logiklah sikit
Quote chandrahusin 21-10-2021 12:28 PM
ini tidak adil
umo sama 50an
kenapa Vida tak boleh kawin?

btw, tak heran pun
ex school mates aku lagi lawa2 dr ni
body lagi kemas wlu dh 50an
& sorang ex ofis mate lama aku
mmg top of the list
dh 52 tahun ni
tapi msh cun melecun
Quote Prickford 21-10-2021 12:32 PM
Cantik. Tahniah!
Quote Artemesiaa 21-10-2021 12:34 PM
Bukan dia sorang je ramai je wanita seusianya masih nampak muda sebab pandai jaga diri dan tak nak menuakan diri hanya kerana anak2 dah besar.
Quote MontanaHannah 21-10-2021 12:36 PM
Masalah ke ???


Lelaki itu yg menerima nikkah nya

Biarlah

peduli apa dunia berkata-kata , aku sepakkk sampai bisu kanggggggggggg

Tahniah !!!!!!!!!!

Quote opie5662 21-10-2021 12:54 PM
batmana: tak adil klu bandingkn dgn che ...


Tp che ta tu kalau x pakai mekap lagi cantik dr pakai mekap
Quote angelofish 21-10-2021 12:57 PM
mak nya ada harta ke? kalau ada harta rumah ,kereta atau duit.anak anak perempuan dapat ke bila mak nya mati
Quote Minami2013 21-10-2021 01:01 PM
Cantik la utk umur 50 tahun.
Quote KIM.K 21-10-2021 01:05 PM
Tahniah makcik. Tu ha dagu suntik pipi suntik
Quote naina 21-10-2021 01:06 PM
Aku nak tengok maknya tanpa mekap
Vida tu 50 jugak tapi kulit dia pun cantik putih bersih takda kedutan pun
Cume maybe paras wajah dia je kurang menarik
Bab kulit dia memang lawa la
Quote any42 21-10-2021 01:18 PM
cantik maknya. tahniah selamat pngntin baru
Quote nolya 21-10-2021 01:24 PM
angelofish replied at 21-10-2021 12:57 PM
mak nya ada harta ke? kalau ada harta rumah ,kereta atau duit.anak anak perempuan dapat ke bila mak  ...

Dapat laa. Harta pusaka si ibu wajib dibahagikan kpd anak2 [lelaki dn pompuan], juga suami dn ibubapa si mati jika masih ada. masing2 ada table faraidnya.
Quote nolya 21-10-2021 01:27 PM
naina replied at 21-10-2021 01:06 PM
Aku nak tengok maknya tanpa mekap
Vida tu 50 jugak tapi kulit dia pun cantik putih bersih takda kedu ...

Bibir mulut Vida kenapa tebal sangat. Memang asli tebal ke, atau dicucuk atau lakaran gincu makeup?
Quote edayildiz 21-10-2021 01:27 PM
oh che ta dh 50 an ke? dulu kan kitorg 3 gegel dlm family pun org ingat adik pd mamakitorg..tp mama umo 50 an jgkk..pastu dorg selalu tnya2..i pun cakap kitorg ank tiri jer..
btw tahniah acikk..lawo..sepadan nampak
i lagi 30 tahun nak jdkan acik ni idola la
Quote JunkMail 21-10-2021 01:30 PM
Beraninya wartawan ni letak umur Che ta 50 tahun. Che ta forever 43 ye.
Quote Kitty_catz 21-10-2021 01:33 PM
"Saya ada jual produk krim malam dan sunscreen (pelindung matahari). Bila video ibu jadi viral, saya terima kira-kira 1,500 mesej di WhatsApp.

ok next!!!!

Lihat semua komen(272)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.054368 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top