CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shahrol Shiro Pertahankan Rakan Artis, Tuding Jari Pada Pihak Produksi

21-10-2021 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6507| Komen: 62

Isu ketelanjuran aktor Fauzi Nawawi mengupas tentang lakonan aksi rogol dalam sebuah program televisyen turut menarik perhatian pelawak Shahrol Shiro.

Tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu ini, Shahrol atau nama sebenar Shahrol Azizie Azmi, 37, berkata pihak produksi sepatutnya bertanggungjawab dalam menerbitkan sesuatu program.


Foto: IG

"Secara pandangan peribadi, artis hanya menjawab soalan yang diberikan... mungkin kesalahannya adalah mengupas isu tersebut lebih mendalam meskipun ianya soalan spontan dari hos tapi kuasa siapa untuk melepaskan perbualan tersebut?

"Jika ianya adalah sebuah rancangan yang direkod ia adalah tanggungjawab pihak produksi untuk memotongnya dan jika ianya live pihak produksi juga berkuasa untuk censored bahagian tersebut.

"Supaya tidak lebih mengarut dan keterlaluan sebab itu hos rancangan memakai earpiece supaya produksi dapat berhubung terus dengan pengacara jika ianya sensitif," katanya menerusi laman Instagram pada malam Rabu.



Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik paparan skrin laporan mStar mengenai permohonan maaf yang dibuat Fauzi Nawawi selepas tular rakaman temubual berkenaan.

Dalam pada itu, Shahrol turut mempersoalkan kualiti program komedi yang dilihat terlalu terbuka menyentuh beberapa isu sensitif termasuklah mengenai rogol.

Mengimbau kembali kejadian pada tahun 2012, Sharol berkata dia dan kumpulannya Shiro pernah disaman oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana terlanjur menyebut perkataan rogol semasa dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM).



"Inikah kualiti program komedi di Malaysia? Maaf bukan nak merendahkan lagi dan cuba mencari perhatian tetapi isu ini dekat dengan saya kerana dalam sejarah MLM kami adalah satu-satunya kumpulan yang disaman oleh MCMC kerana menyebut perkataan ‘rogol’ sewaktu MLM2012.

"Sepatutnya sejarah tersebut dapat menjadi pengajaran buat pihak produksi. Perkara telah pun terjadi, pihak produksi wajib bertanggungjawab atas segalanya dan jangan biarkan selebriti yang menanggung segalanya," ujarnya.

Sebelum itu tular rakaman video Fauzi berkongsi mengenai wataknya dalam sebuah filem yang memerlukan dia merogol aktres Raja Farah.



Dalam rakaman temubual itu, hos iaitu Khir Rahman dan Shuk Sahar, Fauzi mengakui terpaksa mengawal nafsu ketika melihat Raja Farah.

Rata-rata netizen marah dan menganggap perkara itu sebagai membuka aib serta tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum.

Bagaimanapun, aktor tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Farah dan suami serta keluarga yang terkesan dengan hal berkenaan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leftrani_kel 21-10-2021 11:03 AM
Ape keje sharul ni skrg...pkai smart2 ni
Quote slyfynx 21-10-2021 11:26 AM
Yay, satu lg thread pasal mende ni.
Seronok rase baca
Quote mojarean_X 21-10-2021 11:29 AM
Cancel je rancangan tu sbg pengajaran utk semua.
Quote red_velvet 21-10-2021 11:54 AM
leftrani_kel replied at 21-10-2021 11:03 AM
Ape keje sharul ni skrg...pkai smart2 ni

Penjilat politaik
Quote ezacbee 21-10-2021 12:03 PM
leftrani_kel replied at 21-10-2021 11:03 AM
Ape keje sharul ni skrg...pkai smart2 ni

Bakal yb
Quote asamfish 21-10-2021 12:11 PM
Artis Malaysia ni jangan berangan nak buat rancangan 'talk show' mcm artis2 barat.  Kebanyakan artis Malaysia ni Bodowwww dan akai letak kat ujung ko**
Quote RinIna 21-10-2021 12:31 PM
leftrani_kel: Ape keje sharul ni skrg...pkai smart2 ni


Dia kan staff kerajaan.. tapi lupa plak aku sbg apa.. ada pernah dia bgtau... ehhh.. lupalah
Quote Prickford 21-10-2021 12:37 PM
Aku akui, barat mmg pro dlm bidang2 ShowBiz ni. Hosting mereka pon sangat bagus. Shud learn from them.
Produser sangkak rancangan gila sex ni, mohon tampil, nak tengok ade telo ke tak.
Quote MsCinderella 21-10-2021 12:44 PM
aiyooo...so salah produksi...
bukan salah artis..
artis yg menjawap soalan tu..baru masuk industri ka?

tak boleh ka jawap...

'ohh.,saya pernah buat  adegan rogol ni dgn seorang artis wanita..nama dan nama filem biarla jd rahsia..
jd bila lakonkan babak ni..bnyk dugaan...mmg kena tukar karekter habis..x leh buat muka kesian,buat muka terpaksa ka apa bla bla bla...
tp sebab bila dah buat betul2 adengan tu..dan atas nasihat keluarga dan produksi babak tu terpaksa dipotong..'

artis malaysia makin lama makin kurang skill menjawap bila jumpa wartawan/dlm talk show...yer la wartawan pun kerja depa ceduk news dr IG...

padan la kena kutuk saban hari dgn netizen..
Quote Jayayakaka33 21-10-2021 12:47 PM
Zaman dulu2 ada rancangan talkshow kat tv3 namanya mikroskop kalau x silap
Kena haramkan sbb ada ahli panel gaduh smpi keluar perkataan bodoh
Tu zaman dulu
Zaman now semua benda blh
Quote babelina 21-10-2021 12:55 PM
cmana pn SHiro.. FN tetap salah.. berbalik pada adab, islam pula.. penceritaan yg begitu details.. org pn gigih google RJF tu.. citer tu.. nk tgk..
ko pn Shiro.. mulut bole tahan juga.. beringat la..
Quote azimodin 21-10-2021 01:37 PM
Boooooo nampak dah tanda2 statement politaik. Ni seolah2 bila ada kes rogol, salahkan media sebab buat coverage. Pihak produksi akan fikir tembolok dorang je, asalkan viral. Paling2 pon kena buat ig story mintak maaf.
Quote azimodin 21-10-2021 01:39 PM
MsCinderella replied at 21-10-2021 12:44 PM
aiyooo...so salah produksi...
bukan salah artis..
artis yg menjawap soalan tu..baru masuk industri k ...

Kan.. cakap je la "benda ni dah lama, saya pon dah lupa. Lagipon apa yg jadi kat set, kita tinggal kat set. Semua tu lakonan sahaja.. saya professional"

Dok belit2 pastu terbelit. Semoga yg gelak2 ni kena blacklist sampai mampos
Quote Luno 21-10-2021 01:43 PM
Diamlah kau sharul
Quote Nham22 21-10-2021 01:47 PM
Memtang2xla die x carik makan dgn tv dh skrg... Lantang plak bersuara... Hahaha
Quote nnnnaaaahhhh 21-10-2021 01:52 PM
azimodin replied at 21-10-2021 01:37 PM
Boooooo nampak dah tanda2 statement politaik. Ni seolah2 bila ada kes rogol, salahkan media sebab bu ...

Kan. Memang la produksi pun salah pasal tak cut topic ni bila ulang tayang, tapi yang orang marah tu gasak gila sembang memasing excited. Jijik.
Quote azimodin 21-10-2021 02:22 PM
Nham22 replied at 21-10-2021 01:47 PM
Memtang2xla die x carik makan dgn tv dh skrg... Lantang plak bersuara... Hahaha

Dia kan sekarang nak focus pada bisnes & politik, sebab tu la kena acah2 bersuara sebelum pemuda pihak lawan bersuara.
Quote shiraloveyou 21-10-2021 02:25 PM
Disaman MCMC sbb sebut perkataan tu?kalau buat lawak psl benda tu memang patut pun kena saman...kupas isu rogol ni lain eh drpd cerita scene rogol sbg watak faveret....sebelum nak live takde briefing ke utk jgn timbulkan benda2 yang sensitif?hos pun cuba la pakai otak sikit bila nak tanya soalan...oh lupa,program lawak semua benda boleh langgar...pernah tgk satu talk show santai artis luar negara...ade satu part tu, hos suruh menari, bila sorg member tu menari kearah aksi sensual, member2 lain cpt2 stopkan kawan tu dan mintak maaf dpn kamera...kt msia je semua pihak buat tak tau..yg lain pun syok dgr sampai tak reti nk stopkan mulut member2 yg tgh naik sheih tu...
Quote bebba 21-10-2021 02:25 PM
Statement pakai otak ke tidak? Esok2 org gali balik sejarah bakal YB buat statement rape jokes is okay

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.048305 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top