Akibat terlalu sibuk menyelesaikan tuntutan kerja, penyanyi Ernie Zakri mengakui dia kadangkala terlupa dirinya kini sedang hamil.
Menurut Ernie, 29, kesibukan itu menyebabkan dia tidak mendapat rehat yang cukup hingga menjejaskan kesihatan dan kandungannya. "Alhamdulillah kandungan pun dah cecah usia lima bulan, alahan dah tak ada cuma bila terlampau penat, body pun bagi warning suruh berehat. "Sudah dua hari berehat di rumah, rasa lega dan makin pulih... mungkin sebab kepenatan bekerja. Sebelum mengandung saya sangat aktif, rasa badan kita masih macam dulu sehari boleh buat dua tiga kerja, duduk dekat set berbelas jam pun tak apa.
"Saya dah macam terlupa yang saya tengah mengandung dan masih in denial rasa boleh aktif macam dulu... jadi selepas ini saya kena beringatlah," katanya kepada mStar. Terdahulu, menerusi Instastory penyanyi lagu Gundah ini memberitahu keadaan kesihatannya kurang baik kerana tidak mendapat rehat secukupnya. "Tewas lagi! Baru pulang Kuala Lumpur dari Pulau Pinang, esoknya pergi kerja. Rasanya saya patut dengar badan saya, mesti baby pun sedih ibu tak rest semalam. "Bangun pagi susah bernafas, sakit rahang sampai kepala, muntah tak berhenti sampai kena batal satu program hari ini. Maaf kepada pengurus dan pihak produksi. "Kena perlahan-lahan menerima saya bukan Ernie sebelum mengandung. Saya kena betul-betul selektif dalam memilih kerja lepas ni... kena jaga anak cinta sayang dalam perut ni," tulisnya di Instastory pada Selasa.
|
ADVERTISEMENT