CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Mentua Dia Masih Ada, Mesti Sedih Dan Malu" -Beby Tora Dihina Tiada Anak Sebab Tak Jaga Makan

21-10-2021 08:54 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 7146| Komen: 62|Original author: Ct Cheery

Beby Tora cukup dikenali di Malaysia dengan mengulas mengenai makanan. Video Beby Tora menikmati keenakan makanan yang di 'review'  memenuhi akaun media sosial miliknya dan sering mendapat tempat dihati penonton. Buktinya akaun Tiktok Beby Tora telah menjangkau 236.9K pengikut dan lebih 3.5M tanda suka. 




Personaliti media sosial ini masih tidak terlepas dari diasak dengan soalan zuriat. Baru- baru ini, sekali lagi Beby Tora menerima komen dari warganet yang berbau hinaan dan kecaman. 


"Kalau Mentua dia masih ada, mesti dalam hati sedih dan malu menantu selekeh dan kuat makan. Patut tak ada zuriat, tak jaga pemakanan", Komen individu terbabit pada hantaran video Tiktok milik Beby Tora.


Menerusi hantaran video Tiktok yang berbeza, Beby Tora atau nama sebenar Atierah Zulfatie akui berasa sedih apabila sering menerima komen negatif warganet. Menurut Beby Tora, dia sebenarnya enggan mengambil pusing komen negatif daripada warganet, namun dia manusia biasa, apabila sering diasak dan dihina timbul juga perasaan sedih dan 'insecure' pada diri sendiri. 



" Saya dapat komen negatif juga tapi biasa saya buat tak hairan. Tapi adakalanya saya rasa 'insecure' sebab saya tak mampu beri yang terbaik pada suami. 


" Sebab sampai sekarang saya masih tak mengandung lagi. Kadang-kadang saya ok sebenarnya sebab keluarga dan pengikut semua beri sokongan pada saya.


" Bila kerap baca Komen negatif dan tak elok, saya rasa 'down' , sedih. Orang tak tahu kita sedih seorang diri. Lagi sedih orang lain yang terlalu ambik tahu pasal saya.


" Komen pada saya, 'sebab makan banyak fast food, sebab tu tak boleh pregnant', badan besar sangat sebab tu tak boleh pregnant. Saya rasa orang tak patut pun cakap macam tu," jelas Beby Tora.



FOTO: Instagram Beby Tora

Beby Tora mengakui apa yang dikatakan warganet ada betulnya. Namun, dia merasakan tidak perlu untuk cakap perkara yang negatif terhadap dirinya lebih-lebih lagi isu sensitif mengenai anak kerana mereka tidak akan faham perasaan wanita senasib sepertinya yang masih belum dikurniakan anak. Berdiam diri adalah lebih baik. 


Rata-rata warganet bersetuju dengan Beby Tora di Tiktok dan meninggalkan doa dan Komen positif terhadap luahan yang dikongsikan. 



" Abaikan kata-kata diorang tu, yakinlah perancangan Allah yang terbaik. Yang penting jangan stress dan putus asa. Allah bagi peluang untuk honeymoon berdua.


" Ya Allah tiupkan lah malaikat kecil dekat seorang hamba yang kuat macam akak ni,


" Kak Tirah kena kuat, Allah Maha mengetahui yang terbaik untuk kita. Pekakkan telinga dengan orang yang macam tu. Allah yang Maha merancang segalanya," komen warganet. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 21-10-2021 09:02 AM
betul la tu makan x jaga memang payah nak preggy..sama la cam aku..bila aku da lose weight baru aku bleh preggy..
Quote orkid_amani 21-10-2021 09:26 AM
Berat badan mmg faktor susah nk mengandung ka? Kawan aii yg kurus..aktif highking ke sana ke sini pun dah 8y belum pregnant lagi. Rasanya rezeki ank ni kita manusia xpayah la pertikaikan..tu kn urusan Allah
Quote cikatilia 21-10-2021 09:33 AM
orkid_amani replied at 21-10-2021 09:26 AM
Berat badan mmg faktor susah nk mengandung ka? Kawan aii yg kurus..aktif highking ke sana ke sini pu ...

kan??

tiba2 mcm terer boleh tau kenapa xpreggy..
kalau kurus kering tp mmg blom ada rezeki mmg xkan dpt pon..
kalau gemok mmg betul dah rezeki dpt anak dpt je..

yg ckp tu beragak2 la kan.. mungkin ya betul tp xperlu kot nak hambur semua benda yg terlintas dlm kepala hotak tu
Quote Kurex 21-10-2021 09:40 AM
Edited by Kurex at 21-10-2021 09:42 AM

Kalau dah salah kau makan byk sampai gemuk, kenapa nak nangis bila dihina? Cuba jadikan kutukan tu sebagai pembakar semangat utk ubah gaya hidup.. ngade ke apa ni?
Quote KamikuP 21-10-2021 09:41 AM
Meolls doakan agar baby tora dan acik2 forumers kat sini yg belum memiliki zuriat dikurniakan anak yg soleh dan solehah.
Dan juga yg belum berkahwin didoakan mendapat jodoh yg sekufu yaaa..
'AAMINNNN...
Quote Mini.Me 21-10-2021 09:46 AM
KamikuP: Meolls doakan agar baby tora d ...
KamikuP: Meolls doakan agar baby tora d ...


Aminnnn...doakan tuk i juga kaka...baru lepas berurut last week kat kampung...huhukss[em:4:]
Quote 800214 21-10-2021 09:56 AM
orkid_amani replied at 21-10-2021 09:26 AM
Berat badan mmg faktor susah nk mengandung ka? Kawan aii yg kurus..aktif highking ke sana ke sini pu ...

antara faktor.bukanlah faktor utama.ada kawan ai dulu kurus kering pun doktor suh naikkan berat badan.n mmg ada meal plan doktor bg. dia jaga mkn betul,ikut saranan doktor.dapatla srg.
kazen i pun turun 20 kg baru dpt lepas 5 thn mencuba..ramai juga yg dpt unplanned baby lepas diet. n turun berat.kalau ada pcos mmg doc suruh turunkan berat. dan akhirnya tetap berbalik kpd rezeki Allah. sbb semuanya mmg Allah dah tetapkan dr loh mahfuz lg kata ustaz wadi anuar

Quote soflala 21-10-2021 10:05 AM
KamikuP: Meolls doakan agar baby tora d ...


Aamiin.. Doakan i bertemu jodoh sebelum hujung tahun ini. I nak kahwin juga hehe
Quote Prickford 21-10-2021 10:17 AM
Iolls punya kawan kat uni punyalah gemok gedempol, mmg baru kawin, cepat lekatnya, Alhamdullilah.
Meanwhile kazen iolls punyalah kurus kering mcm minah pet, dah 15 tahun kawin takde anak, amik anak angkat je.
Kesimpulannya, zuriat ni terletak pada rezeki Allah nak bagi, bukan pada berapa berat badan kau.
Cuma pada Beby Tora, aku harap dia boleh kurangkan berat badan hanya utk kekal sihat memandangkan dia bnyk kerja sebagai reviewer makanan.
Pasal dia tak cantik & nampak comot tu, iolss no komen la, sbb dia mmg gitu dari dulu.
Iolls doakan semoga Beby Tora akan dapat zuriat dalam masa terdekat. Doakan iolls jugak sbb nak masuk 2 tahun TTC.
Quote mizzmimi 21-10-2021 10:53 AM
Kalau ye.. Camne KALAU mentua dia masih ada, engkau yang kena sembur balik?

BTW iols serammm tengok dia makan.. Perut tu cam bottomless.. Sumbat sumbat sumbat semua depan mata..
Quote innocent_me 21-10-2021 11:20 AM
Benda ni rezeki.
Meols jenis tak jaga makan jgk tapi beranak pinak. yang jenis mudah mcm meols ni sila syukurr.
Cuma kalau kita ni payah nk lekat, maka kena ikhtiarlah.
Jangan duk sedap gitu je, kena usaha, lose weight skit n exercise.
Ramai kawan meols lekat after join zumba2 tu. maksudnya kalau kita aktif boleh membantu.
Quote ellejo 21-10-2021 11:23 AM
maaf ya. kalo pegi fertility specialist dia tengok ko gemok mesti dia suruh pi gain healthy weight atau reach certain bmi.
Quote NengGos 21-10-2021 11:36 AM
takde rezeki lagi la tu.. tapi tak salah pon cuba dulu jaga makan, jangan cepat sangat giveup..before kahwin haritu nmpk dah elok lost weight kn, patutnya teruskan je.
Quote ctcheery 21-10-2021 12:15 PM
Kurex:  Edited by Kurex at 21-10-2021 ...

Dia bukan sedih kena kutuk gemok..tp sedih netizen persoalkn pasal xdpt Anak. Kalo rajin belek TikTok dia..dia selalu sangat kena kecam Bab gemok mkn banyak ni tp dia xamik kisah pun... Tapi Bila ada Kutuk Bab xdpt Anak, kaitkan Mentua pulak ...dia sedih lah..
Quote xtinkerbellx 21-10-2021 12:23 PM
Memangla kalo bdn kurus pon ada yg susah nak dapat anak jgk.. Tapi usaha la jugak untuk jaga makan. Tgk group diet tu ramai yg lepas jaga makan lose weight tetibe lekat dapat anak.
Quote Peliktapibusuk 21-10-2021 12:56 PM
Kalau gi gynea mesti dia suruh loose weight, i rasa org byk kecam dia sb gaya dia makan menggelikan pastu play victim
Quote kaoru44 21-10-2021 01:33 PM
Bab ank tu ats rezeki Allah nk bg..
Tp ok je kalau dia ubah gaya hidup..
Makan bnda2 sihat..xsalah pun..hidup pun makin cergas..
Quote kakakko 21-10-2021 01:42 PM
Aku pun pernah ttc 4y.. So memahami je bab anak ni. Gemuk bukan faktor utama. Tapi tak salah pun jaga diri, makan makanan seimbang and pastikan badan sihat. Ambiklah yg positifnya. Memang orang ni tau cakap je tapi jadikan ianya pembakar semangat. Selebihnya redha je kalau dah usaha.
Quote Zaien 21-10-2021 01:56 PM
oh pliz laaa.. anak itu rezeki..  jgn lupa utk usaha itu kita..
tpi jangan la bodyshaming / badmouth kt orang lain..
nasihat its ok la.. tpi ini sampai ckp cmtu..
kwn iols bdn kurus & jaga pemaknan ye.. ais2 x minum,
kawen dh 10 tahun stil belum dikurniakan cahaya mata..
aku almost 5yrs ye penantian.. sampai masa fasa 4yrs tu call tempat yang jaga ibu2 luar nikah utk nak tahu prosedur ambil anak angkt mcm mana.. ustazah tu tanya aku lagi "baru 4tahun? awal lagitu.. xpe2 tak perlu ambik dlu la ye.. usaha dlu"
sampai thun seterusnya  alhamdulillah rezeki anak sampai..
mmg tidak dinafikan ye.. org sekeliling ni mulut tak fikir prasaan kita..
tanya anak la.. umo dh brape tak beranak lgi la.. knapa tak ambik anak angkt la..
yihhhh geram jek.. nak2 my mil sme laaa dok bergasak bertanya..
asal topik berborak ada kaitan anak n compare2 org bru kwen trus lekat preggy dah..

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.100961 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top