Surabaya: Gara-gara cemburu lelaki sering memberi komen di laman TikTok isterinya, seorang lelaki bertindak membunuh isterinya dengan memukul belakang kepala menggunakan besi.
Ketua Polis Bagor, Tommi Hermanto berkata, hasil siasatan mendapati, suspek menyangka isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. "Mereka kemudiannya bertengkar dan pukul-memukul sesama mereka. Namun, suspek bertindak mengambil besi dan mula memukul belakang kepala mangsa sebanyak tiga kali hingga mangsa rebah. "Berikutan itu, suspek melarikan diri menaiki bas menuju ke wilayah Nganjuk.
"Bagaimanapun, ketika sampai di sana, suspek mengubah fikiran dan menyerah diri di balai polis Bagor," katanya seperti dilaporkan Kompas. Sementara itu, anak mangsa mendakwa suspek yang juga bapa tirinya pernah beberapa kali menegur ibunya kerana kerap memuat naik kandungan di TikTok. "Ayah tiri seorang yang pendiam dan tidak pernah memukul. Ayah tiri juga sering mengingatkan ibu supaya tidak bermain TikTok," katanya. Katanya, ayah tirinya mungkin cemburu kerana laman TikTok ibunya menarik perhatian pengguna lain terutama lelaki. "Ramai pengguna lelaki di TikTok sering meninggalkan komen di setiap hantaran yang ibu muat naik. Mungkin ayah tiri cemburu," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
edayildiz replied at 18-10-2021 10:21 AM
ni semua salah tiktok
i dok mnt la tiktok ni..ada jer acc tiktok..pernah jer buat challenge yg ra ...
midori_katana replied at 18-10-2021 12:12 PM
i pun pening dgn tik tok.. kertu agaknya.. tapi i suka tgk content DIY dia... padat, ringkas dan p ...
edayildiz replied at 18-10-2021 07:29 PM
khenzz..tik tok ni rasanya utk bdk2 blh la kot
stingersoup replied at 19-10-2021 07:00 AM
Usia aja tua tapi peel masih kanak kanak ribena macam kau(contoh), why not?
Kahkahkahkah
ADVERTISEMENT