Bangkok- Tindakan seorang lelaki yang ingin menguji tahap kebesaran saiz zakarnya dengan cara memasukkannya ke dalam tiub polivinil klorida (PVC) bertukar menjadi ‘mimpi ngeri’ apabila anggota seksualnya itu tersangkut di dalam tiub tersebut, lapor akhbar Metro UK semalam.
Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu memasukkan zakarnya ke dalam satu tiub PVC dalam satu aktiviti tidak senonoh di kediamannya di Bangkok. Dia baru-baru ini telah mendapatkan suntikan untuk membesarkan saiz zakarnya. Tindakannya yang memasukkan zakarnya ke dalam paip PVC dibuat untuk menguji keberkesanan suntikan tersebut.
Ia bagaimanapun tersekat di dalam tiub itu dan mula membengkak. Lelaki itu kemudiannya terpaksa meminta bantuan pasukan perubatan yang tiba di rumahnya untuk membantu mengeluarkan zakarnya. Bagaimanapun, pasukan perubatan gagal memotong paip itu sekali gus memaksa lelaki itu untuk dibawa ke hospital. Anggota bomba sukarela serta petugas perubatan di hospital akhirnya terpaksa menggunakan playar, pemotong berbentuk bulat dan gel pelincir untuk membantu lelaki itu mengeluarkan zakarnya dalam prosedur selama 20 minit. Lelaki itu berkata, dia berasa jengkel kerana setelah mendapatkan suntikan membesarkan zakarnya, dia terpaksa pula membayar bil perubatan bagi ‘tragedi’ tersebut. Laporan media bagaimanapun tidak menyebut sama ada zakar lelaki itu mampu berfungsi seperti biasa selepas insiden terbabit. -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT