Mengakui tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lawak apatah lagi penjurian, namun pelakon cantik Uqasha Senrose tetap teruja menggalas tanggungjawab baharu yang diberikan kepadanya iaitu sebagai salah seorang juri tetap Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021).
Menurut Uqasha, dia teruja apabila diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai juri tetap dalam pertandingan MLM2021 selepas bertahun-tahun menjadi penonton setia rancangan tersebut. “Saya sebagai ‘mata-mata’ penonton dan seorang pelakon, saya nak terhibur dan gelak dengan pelawak-pelawak ‘otai’ kita. Kalau kelakar, kita gelak,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Tambah Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, dia sangat berterima kasih kepada pihak Astro kerana memilihnya menjadi juri dalam program yang dianggap cukup hebat itu.
|
babelina: dia nie klau asyik blakon cite ...
babelina replied at 18-10-2021 09:14 AM
dia nie klau asyik blakon citer Michael Ang.. bakat nye x berkembang.. rupa itu jer la..
luvly_snow8608: Xminat iols nak follow MLM thi ...
Pak.dolla replied at 18-10-2021 05:27 PM
Pandai ke dia komen jd juri tu?
ADVERTISEMENT