Selepas lama menanti, akhirnya usahawan industri sosial termasuk perkahwinan menarik nafas lega apabila sektor itu dibuka semula di beberapa negeri yang bertukar ke fasa 4 bermula Isnin ini.
Penyanyi Mila Jirin, 33, yang juga mengusahakan perniagaan perkahwinan Bizmilla meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali beroperasi selepas hampir dua tahun ditutup. Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin berkata, pihaknya kini dalam proses mempersiapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin. "Alhamdulillah saya di Bizmilla dan semua usahawan yang berada dalam industri sosial dapat menarik nafas lega.
"Industri kami akhirnya dapat dibuka setelah hampir setahun lapan bulan terkandas. Insya-Allah, kami sedang persiapkan SOP yang lebih ketat. "Kami cadang untuk meletakkan pasukan rela bertugas bagi setiap dewan untuk menyemak status vaksin serta status terkini MySejahtera sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan," katanya kepada mStar.
|
mzzenma replied at 18-10-2021 03:56 PM
komik japen tu mmg sesuai utk dia
haritu meratib bagai itu ini, hujung2 pi langkawi
ADVERTISEMENT