CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bayi Sharol Shiro Bakal Dibedah Untuk Kali Kedua

15-10-2021 09:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1802| Komen: 17

Anak pelawak Shahrol Shiro, Ismail Rifqi yang berusia 10 bulan yang menjalani pembedahan buah pinggang pada 1 Oktober lalu bakal melakukan pembedahan kedua pada 2 Disember ini.


Isteri Shahrol, Nor Farhanah Shamimi atau Anna berkata, pembedahan kali kedua berkenaan membabitkan tiga prosedur iaitu untuk mengeluarkan saluran dipasang dari buah pinggang ke pundi kencing, merawat penyakit hernia (angin pasang) dan mengkhatankan Ismail.

"Alhamdulillah, pembedahan dua minggu lalu berjaya. Semalam, ketika kami bawa Ismail buat pemeriksaan bersama doktor, luka bedahnya juga semakin kering. Alhamdulillah, dia makin sihat dan aktif. Namun, saya perlu menjaga pemakanannya terutama elakkan garam," katanya kepada Harian Metro.

Foto: IG


Anna berkata, pembedahan kedua itu juga sesuai dilakukan ketika Ismail sudah berusia setahun kerana kadar kesembuhannya dijangka lebih tinggi.

Katanya, Ismail juga bergantung dengan satu buah pinggang saja dan perlu penjagaan rapi.

"Sebagai ibu, saya mulanya tidak kuat juga menghadapi dugaan ini. Maklumlah, anak yang sakit. Namun, ketika Ismail dirawat selama seminggu di sebuah hospital kerajaan di Johor, cukup menyuntik semangat saya untuk kuat dan reda.

"Di hospital itu, saya lihat ada ramai bayi dan kanak-kanak yang sakit lebih teruk daripada anak saya. Namun, ibu-ibu yang menjaga anak mereka sabar dan tenang. Dari situ, saya fikir ada orang yang lebih besar dugaannya daripada kami sekeluarga," katanya.

Ditanya mengenai pemeriksaan Ismail, Anna berkata, anaknya perlu berjumpa doktor seumur hidup untuk memastikan buah pinggangnya sentiasa berada dalam keadaan baik.

Terdahulu, Anna memaklumkan Ismail perlu dibedah segera di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor pada 1 Oktober lalu kerana buah pinggang sebelah kiri bengkak akibat salurannya tersumbat kira-kira 80 peratus.

Sebelum itu, pada 9 September lalu Anna meluahkan rasa luluh hatinya di Instagram apabila terpaksa melihat bayinya yang masih kecil menderita sakit buah pinggang kronik selain buah pinggang sebelah kanan pula didapati tiada.

Anna dan Shahrol bernikah pada 18 Mac 2016 dan dikurniakan anak sulung lelaki, Iskandar Rizqi, 4. Selain itu, Shahrol juga mempunyai seorang anak lelaki, Muhd Adam Danish daripada perkahwinan pertamanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 15-10-2021 09:03 AM
comel baby sharol
harap cepat sembuh baby comel
Quote trexxxxxi 15-10-2021 09:08 AM
Comel budaknya
Gws dik
Quote gujiwa 15-10-2021 09:13 AM
lain macam forum cari sekarang

semoga dipermudahkan urusan moga anak cepat sembuh
Quote missbigrockstar 15-10-2021 09:14 AM
Get well soon little baby. Semoga diringankan kesakitan. Amin.
Quote mamajawie 15-10-2021 09:34 AM
adoi pepagi bangun tido tokojut den ngan forum ni..tulisan makin kocik adoyai..

btw, GWS baby..aduhai kesiannye baby kecik2 kne operate
Quote mawarkhayalan99 15-10-2021 09:44 AM
kenapa interface forum bertukar wajahhhh. buruk sehh
Quote Nnasda53 15-10-2021 10:06 AM
Semoga cepat sembuh baby comel.
Quote nadna 15-10-2021 10:21 AM
Semoga cepat sembuh
Quote RinIna 15-10-2021 12:58 PM
Ya Allah kesiannya kecik2 dah kena operate.. comel sangat
Quote syamzana 15-10-2021 01:10 PM
semoga cepat sembuh baby, hrp mama dia pun tabah. kecik2 dah operate mcm2.
Quote haruno_sakura 15-10-2021 02:47 PM
Edited by haruno_sakura at 15-10-2021 02:49 PM

Allahu.moga dipermudahkan urusan sharol sekeluarga dn dikurniakn kesembuhan pd baby Ismail
Quote Supersirap 15-10-2021 10:55 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote fortiori13 15-10-2021 11:11 PM
Moga semuanya dipermudahkan utk baby nya
Quote sukacactus 15-10-2021 11:17 PM
Semoga cepat sembuh ye
Baby bwh 2 tahun mmg xelok letak perasa (garam, gula, kicap dsb) dlm diet diorang pun, xkira sihat ke tidak
Tp ramai je aku tgk parents pakai sumbat je makanan ntah apa2 kat ank diorang
Quote eely_shana 16-10-2021 10:44 AM
semoga cepat sihat hendaknya
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 12:52 PM
Moga dipermudahkan.
Quote PotatoMerah 17-10-2021 10:15 PM
Get well soon, semoga dipermudahkan segala urusan. Amin

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.116403 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top