CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amelina Semakin Langsing, Hilang Berat Hampir 10kg

15-10-2021 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9980| Komen: 89

"Dulu, saya memang kuat minum Coca Cola walaupun waktu bersarapan," kata penyanyi dan pelakon, Amelina Amir, 47, mengenai perubahan bentuk badannya selepas berjaya menurunkan hampir 10 kilogram (kg) .


Amelina ketika dihubungi berkata, dia mengambil keputusan untuk memotong pengambilan gula dalam makanan dan minuman di samping melakukan senaman kardio.


Foto: IG

"Setakat ini saya berjaya mengurangkan berat badan dari 72.2kg ke 63kg. Paling penting adalah diet dan saya memang menghentikan pengambilan gula.

"Di samping itu, saya juga melakukan senaman kardio dan antara yang menjadi kegemaran saya adalah aktiviti zumba. Memang kalau dapat muzik yang 'best', memang layan," katanya kepada Harian Metro. Selain itu, Amelina juga mengawal pengambilan makanan berkarbohidrat seperti nasi.


"Nasi pun memang saya kawal. Kalau 'cheat day' pun saya makan dalam kuantiti yang sedikit. Alhamdulillah selepas sebulan, memang nampak hasilnya," katanya.




Di Instagram, ramai pengikutnya memuji bentuk badannya yang kini nampak lebih langsing.

Terbaru, Amelina kini mula kembali sibuk dengan kerja-kerja seni selepas aktiviti industri kreatif kembali dibenarkan beroperasi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 15-10-2021 09:09 AM
ok terus terinspirasi.. no more gula
Quote katakau 15-10-2021 09:12 AM
memang kalau cut sugar senang nak slim down. iols nanti pun nak slim mcm kak amelina pas bersalin nanti.
Quote hotmak 15-10-2021 09:25 AM
tahniah kaklong, jgn hot2 ciken shit dahlah, ngeri baca suka coke, gula tinggi tu, dulu2 nampak dia buat treatment kurus tapi tak kurus pun, kena jga makan juga baru mau, tapi kena kuat semangat lah
Quote cmf_premierleag 15-10-2021 10:09 AM
dulu2 ms aku baca mangga, si alin kaklong ni cakap "alin sempat terbau perfume yg dipakai oleh queen elizabeth" sbb ms tu ratu dtg sini sempena sukan komanwel 1998
kejadahnya la akak hafal bende2 x berfaedah nih
Quote ezacbee 15-10-2021 10:12 AM
Nak cut gula.. payah ni
Quote KIM.K 15-10-2021 10:24 AM
Lawa kaklong. Nampak sebaya aku
Quote Lengkong 15-10-2021 10:30 AM
cantik

Quote puanbintang 15-10-2021 10:41 AM
nampak muda..cantik.
Quote Carcosa 15-10-2021 11:23 AM
Terus nampak ok bila lost weight
Hah bilalah aku nak ter inspirasi nihhh
Quote anony-mous 15-10-2021 11:41 AM
Confuse lah. Kdg2 rasa mcm dia dah bertudung?
Quote pavlovachoc 15-10-2021 11:56 AM
Sebelum beranak dulu boleh control x minum manis ..skrg susah nk tinggal air manis lan
Quote BoongaKertas 15-10-2021 12:07 PM
fuh! terus nampak lagi muda
Quote cap_ayam 15-10-2021 01:22 PM
tahniah ..chaiyokk kak longg
Quote makadek 15-10-2021 01:33 PM
Smggu ni ku dok balun air manis
Nampak dh hasil kebuntalan benjolan perut ku

Nak taubuatla
Quote bellaamsar 15-10-2021 01:37 PM
cmf_premierleag replied at 15-10-2021 10:09 AM
dulu2 ms aku baca mangga, si alin kaklong ni cakap "alin sempat terbau perfume yg dipakai oleh queen ...

Hebatnya sis boleh ingat lg benda2 mcm ni walaupun dh berpuluh tahun
Quote wak_pijah 15-10-2021 01:42 PM
Acik alin ni body mmg dah sedia lawa sejak muda, sbb dia bukan katik. Cutting dia cantik.

Suka tengok video clip lagu duet seri langkat dia dgn tokmal kat PD pakai kebaya, lawaa
Quote Mulotkoyak 15-10-2021 01:43 PM
Gaye mcm elly mazlien... Please buat drama same ngn kak lina pompom.
Quote Cik_jantung 15-10-2021 01:51 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 11:32 AM

..........
Quote cmf_premierleag 15-10-2021 02:30 PM
bellaamsar replied at 15-10-2021 01:37 PM
Hebatnya sis boleh ingat lg benda2 mcm ni walaupun dh berpuluh tahun

tu la pasal.bende2 merepek ni senang jah aku hapal
tp kalo suruh baca buku teks,kemain liat lg

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.129203 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top