sumber : www.mirror.co.uk Kisah berlaku di Wilmington, California dan syukur bukan berlaku di Malaysia. Menurut Devorise Dixon dia was-was setelah membuka bungkusan makanan yang dibeli di restoren terkenal itu. Dia seterusnya memuat naik gambar dan video di Facebook dengan kapsyen: "Selepas saya melihatnya, ia sangat keras dan setelah meneliti saya nampak ia seakan-akan seekor tikus dengan ekor." "Ia membuatkan saya menggigil, saya berasa sangat pelik semenjak itu. Jangan makan 'fast food'. Namun, KFC menegaskan tiada bukti kukuh mengesahkan ianya adalah seekor tikus. Jurucakap KFC berkata : " Ia berlaku di US, dan dengan siasatan lanjutan, tiada bukti ditemui untuk menyokong dakwaan tersebut. Keselamatan makanan keutamaan kami diseluruh dunia dan kami mengambil serius semua dakwaan pengguna.
|
ADVERTISEMENT