Kejayaan Kontinjen negara di temasya Sukan SEA ke-28 mengumpul 60 pingat emas sehingga hari ini bukan saja mengatasi pencapaian di Sukan SEA Myanmar pada dua tahun lepas, malah menjangkau sasaran kerja 48 pingat emas ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).
Pencapaian tersebut turut melepasi sasaran peribadi 50 pingat emas yang diletakkan oleh ketua kontinjen negara (CDM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria. Pingat emas ke-60 negara disumbangkan oleh pasukan bola keranjang wanita negara selepas menewaskan Vietnam 82-50 dalam perlawanan akhir peringkat liga yang berlangsung di OCBC Arena Isnin.
Sehingga kini Malaysia menduduki tempat keempat selepas mengumpul sebanyak 179 pingat iaitu 60 pingat emas, 53 perak dan 66 gangsa. Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata kejayaan tersebut sekaligus membuktikan bahawa atlet negara berjaya mencapai sasaran yang telah diletakkan oleh MSN walaupun perkara tersebut tidak dihebohkan kepada umum sebelum ini. - CARI Infonet |
9
Bagus |
6
Marah |
8
Terkejut |
3
Sedih |
15
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT