CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Proton bekerjasama dengan Suzuki - Tun M

16-6-2015 01:19 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 10811| Komen: 68



Proton Holdings Berhad (Proton) hari ini secara rasmi menjalin kerjasama dengan Suzuki Motor Corporation (Suzuki) dari Jepun dalam usaha menguasai pasaran kereta kompak negara. 

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Proton juga menyasarkan untuk mengeluarkan kereta kompak pertama hasil kerjasama itu pada tahun depan.

Menurutnya, kerjasama strategik jangka panjang tersebut me-rangkumi empat kategori utama iaitu produk, teknologi, tenaga kerja dan pasaran sekali gus membolehkan Proton memiliki akses kepada model, platform, rangkaian kuasa dan teknologi Suzuki selain menyediakan bantuan teknikal spesifik untuk produk serta skop terpilih.

    
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman MoU) dan perjanjian lesen (LA) antara Proton, Suzuki dan DRB-Hicom Berhad semalam.

Mengulas lanjut, Mahathir ber-kata, fasa pertama pengeluaran kereta kompak melalui kerjasama berkenaan di jadual bermula dalam tempoh 16 bulan akan datang di kilang milik Proton di Tanjung Malim. - CARI Infonet

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote peYno 15-6-2015 10:31 PM
bab keta jgn nak lawan legend laa... proton ada keta sendiri n rebadge
tu yg bezakan dgn perodua 100% rebadge tapi fefeeling keta nasional

peyno dan kawan jepun peyno tersenyum sinis
Quote TuntungReturn 15-6-2015 10:32 PM
bau jepun x ni?
Quote atira 15-6-2015 10:34 PM
last2 bau jepun jugak.. senyum sinis je sis
Quote PenyokongNajib 15-6-2015 10:34 PM
peYno replied at 15-6-2015 10:31 PM
bab keta jgn nak lawan legend laa... proton ada keta sendiri n rebadge
tu yg bezakan dgn perodua 10 ...

so ni agenda tun m nak tarik penggemar bau jepun untuk membeli proton ke??

nak rebadge suzuki swift ke??cantik gak tu..
Quote peYno 15-6-2015 10:37 PM
PenyokongNajib replied at 15-6-2015 10:34 PM
so ni agenda tun m nak tarik penggemar bau jepun untuk membeli proton ke??

nak rebadge suzuki s ...

dari zaman mitsubishi .. dah ada bau jepun...yg penting ada model sendiri... sama gak cam manufacturer lain.. ada model sendiri ada rebagde cam nissan, subaru..
Quote peYno 15-6-2015 10:38 PM
atira replied at 15-6-2015 10:34 PM
last2 bau jepun jugak.. senyum sinis je sis

teringin bau jepun ada inspira

tapi yg dah biasa dan tak heran dgn jepun .. cam peyno.. mmg suka preve n iriz laa



Quote peYno 15-6-2015 10:41 PM
utk pengetahuan yg tak tau pasal keta jepun ni...
Suzuki wagon R adalah compact car paling laris di Jepun sepanjang zaman....ni taste jepun ori laaa

Quote kucingTomey 15-6-2015 10:43 PM
dari segi ketahan barang...proton jauh lebih baik dari perodua.....
Quote PenyokongNajib 15-6-2015 10:43 PM
peYno replied at 15-6-2015 10:41 PM
utk pengetahuan yg tak tau pasal keta jepun ni...
Suzuki wagon R adalah compact car paling laris di ...

peyno sokong x dasar automotif nasional dihapuskan??
Quote PenyokongNajib 15-6-2015 10:45 PM
kucingTomey replied at 15-6-2015 10:43 PM
dari segi ketahan barang...proton jauh lebih baik dari perodua.....

tapi proton kekurangan benda paling penting yang mempengaruhi orang beli kereta..iaitu resale value..rata-rata budak zaman sekarang adalah graduate..beli kereta tempatan masa baru grade jer..sebab mereka tahu..setahun 2 kerja..gaji mereka akan naik dan mereka akan tukar kereta lain..

kalau trade in kena bayar lagi dekat bank nak wat apa kan..sebab tu kereta pilihan utama budak-budak baru graduate adalah perodua..resale value yang tinggi..
Quote peYno 15-6-2015 10:46 PM
PenyokongNajib replied at 15-6-2015 10:43 PM
peyno sokong x dasar automotif nasional dihapuskan??

kalau tak dihapus camne perodua nak survive?? abis la keta compact import lagi murah.. dah la takde model sendiri,, sekarang pon daihatsu buat model baru kat Indon utk asean market..
Quote PenyokongNajib 15-6-2015 10:48 PM
peYno replied at 15-6-2015 10:46 PM
kalau tak dihapus camne perodua nak survive?? abis la keta compact import lagi murah.. dah la takd ...

kenapa rakyat malaysia perlu menanggung perodua n proton..terbukti dasar automotif fail..proton n perodua hanya bersaing untuk market tempatan sahaja..pelaburan rakyat malaysia selama 30 tahun adalah sia-sia..
Quote peYno 15-6-2015 10:48 PM
PenyokongNajib replied at 15-6-2015 10:45 PM
tapi proton kekurangan benda paling penting yang mempengaruhi orang beli kereta..iaitu resale valu ...

resale value kinunnn

macam la dulu proton resale value tak tinggi

era wira 2nd hand lagi mahal dari new car

resale value ni mainan market je... level BBNU.. beli keta bukan investment.. dan sebut resale value ni.. dulu perodua kata viva ada value... sekarang keluar axia.. terus takde velaue
Quote peYno 15-6-2015 10:49 PM
PenyokongNajib replied at 15-6-2015 10:48 PM
kenapa rakyat malaysia perlu menanggung perodua n proton..terbukti dasar automotif fail..proton n  ...

ok... nasib baik ko sebut perodua n proton... sah ko bukan macai perodua BBNU

next
Quote kucingTomey 15-6-2015 10:52 PM
PenyokongNajib replied at 15-6-2015 10:45 PM
tapi proton kekurangan benda paling penting yang mempengaruhi orang beli kereta..iaitu resale valu ...

budak2 baru habes amek ape ??passat??polo??fd2r??hilux??focus??yang gaji 2.5k ke??
Quote kucingTomey 15-6-2015 10:53 PM
peYno replied at 15-6-2015 10:48 PM
resale value kinunnn

macam la dulu proton resale value tak tinggi

wira 96 10k boleh pegang lagi cash beb
Quote peYno 15-6-2015 10:54 PM
kucingTomey replied at 15-6-2015 10:53 PM
wira 96 10k boleh pegang lagi cash beb

yup... memang legend.... perodua yg macai kata ada resale value tu pon takde dapat camtu

resale value kununnn
Quote kucingTomey 15-6-2015 10:57 PM
peYno replied at 15-6-2015 10:54 PM
yup... memang legend.... perodua yg macai kata ada resale value tu pon takde dapat camtu

resale ...

budak2 ..baru belajar nak menjilat najib ni...mana dia tahu hal2 teknikal kereta wira yang legend ni

Quote peYno 15-6-2015 11:00 PM
kucingTomey replied at 15-6-2015 10:57 PM
budak2 ..baru belajar nak menjilat najib ni...mana dia tahu hal2 teknikal kereta wira yang legend  ...

dan dan kat tv3 macai teksi proton melalak tak mo teksi proton kununnn

pastu memalu nak kata... bagi laaa keta jenama lain... tapi nak sebut jenama apa segan la pulak

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.073911 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top