kan dah belangar! Kenderaan suspek yang melanggar MPV polis di persimpangan lampu isyarat Stesen Komuter Serendah SERENDAH - Polis berjaya menahan lima suspek kes samun pelanggan restoran di Tanjung Malim, Perak selepas berlaku pengejaran antara kereta peronda polis (MPV) dan kenderaan suspek, jam 1.20 petang semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kesemua suspek ditangkap selepas kereta Perodua Myvi dinaiki melanggar MPV polis yang mengejar mereka dari Batang Kali. “Kereta suspek melanggar MPV polis di persimpangan lampu isyarat Stesen Komuter Serendah. "Kesemua lima suspek berusia lingkungan 20-an telah ditangkap,” katanya. Norel Azmi berkata, anggota polis yang memandu MPV cedera dan menerima rawatan pesakit luar. Beliau berkata, suspek dipercayai menyamun beberapa pelanggan yang sedang makan di sebuah restoran di Tanjung Malim. “Saya menerima panggilan daripada orang awam di Tanjung Malim mengatakan mereka kena samun semasa makan di Restoran Poh Nam oleh lima lelaki. “Semua pelanggan disamun telefon bimbit, kamera, beg duit dan wang tunai dengan menggunakan senjata parang,” katanya. Sementara itu, penduduk Pangsapuri Seri Cempaka, Serendah memuji tindakan pantas anggota polis menangkap suspek. Seorang pemandu van sekolah yang dikenali sebagai Anuar, 36, berkata, kesemua suspek dilihat bergari dan dibawa menaiki MPV sebelum kereta mereka ditunda. “Insiden itu berlaku selepas saya pulang dari menghantar murid sekolah,
|
6
Bagus |
4
Marah |
8
Terkejut |
8
Sedih |
7
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT