Oleh Adib Za Fenomena artis wanita berhijrah dengan mengenakan hijab rata-ratanya di sambut baik oleh masyarakat dan peminat dunia seni tanah air.
Namun, ada kalanya pemakaian mereka ini masih belum benar-benar sesuai dengan imej bertudung atau hijab itu. Jika sebelum ini pelakon Rozita Che Wan dan Emma Maembong dikecam warga netizen kerana tampil dengan seluar ketat dan Ziana Zain mendapat komen negatif lantaran menggayakan fesyen yang menunjukkan susuk tubuhnya di pertunjukan fesyen di luar negara. Memetik laporan di portal Mstar, Pengerusi Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gaduh menerangkan, menutup aurat itu bukan sekadar menutup (rambut) sahaja.
"Sewajarnya kita patut beri ucapan tahniah dan perghargaan kepada mereka kerana tranformasi serta penghijrahan dilakukan tetapi semua pihak harus mengambil perhatian bahawa aurat ini bukan sekadar menutup sahaja. "Mereka juga harus memastikan bahawa pakaian yang dipakai tidak ketat dan jarang sehinggakan ia boleh menampakan susuk serta bentuk tubuh badan sesorang kerana ini akan menjadikan orang ghairah apabila melihat," katanya menerusi portal berkenaan. Dalam masa yang sama Nooh berharap golongan artis ini diberikan ruang oleh masyarakat untuk berubah sedikit demi sedikit dan bukannya secara mendadak. Namun, ia haruslah dilakukan secara konsisten dan berterusan. "Saya berharap kepada yang yang dah berhijrah agar jangan putus asa dalam memperbaiki diri pada masa hadapan dan sentiasa istiqamah dalam menutup aurat. "Sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi ikutan ramai justeru teruskanlah melakukan perubahan secara berperingkat," ujarnya lagi menerusi portal Mstar online. - CARI Infonet |
5
Bagus |
13
Marah |
12
Terkejut |
18
Sedih |
8
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT