CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hari Raya 2015 Trending Lihat artikel

Umat Islam Diingatkan Berhati-Hati 'Telekung Salib'- Jainab

9-6-2015 06:37 PM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 4886| Komen: 3

Description: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan telekung yang mempunyai corak berbentuk salib. Beliau ...

Oleh: CMFreporter2





TAWAU
: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan "telekung yang mempunyai corak berbentuk salib".

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam perkara ini demi menjaga kesucian agama Islam.

Sambil menyatakan rasa kecewa kerana telekung itu mula dipasarkan di negara ini ketika umat Islam bakal mengerjakan ibadah puasa tidak lama lagi, beliau berkata sejak kebelakangan ini pelbagai taktik digunakan oleh pihak tertentu untuk memesongkan akidah umat Islam.

"Janganlah kita ghairah membeli kerana tertarik dengan warna dan gaya yang cantik tanpa menyedari corak pada telekung itu tidak mengikut syariah," katanya kepada Bernama pada Isnin ketika diminta mengulas isu itu.

Beliau juga menasihati peniaga supaya meneliti rekaan telekung yang dijual supaya tidak mengundang kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Telekung mempunyai corak sulaman berbentuk salib di bahagian depan dari paras dagu hingga kelim bawah telekung yang dipercayai dihasilkan di negara jiran kini menjadi viral di laman media sosial. - CARI Infonet


12

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lari_Laju 9-6-2015 11:57 AM
Salam,

Dah ada thread ni..

[Jenayah] Telekung salib la pulak uols.....
Quote katewilma 9-6-2015 12:01 PM
Lari_Laju replied at 9-6-2015 11:57 AM
Salam,

Dah ada thread ni..

oh yeke.. sorry.. sbb teringat nanti terawih kalau ade yang pakai.. tu yang share tu.. tutup la kalau dah ada..

Quote munawarah96 17-6-2015 07:43 AM

diantara kerja2 puak Zionist ni..
akan berterusan sehingga kiamat
just beware...

Lihat semua komen(3)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.123291 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top