Kejohanan Terbuka Amatur Wanita Malaysia (MLAO) edisi ke-32 bakal menjadi pentas terakhir kepada pemain golf wanita negara sebelum Sukan SEA ke-28 di Singapura, bulan lepan. Kejohanan 54 lubang permainan itu akan berlangsung di Templer Park Country Club dari 26 hingga 28 Mei ini. Pengarah Eksekutif Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) Datuk Rabeahtul Aloya Abbas berharap pemain tempatan akan dapat menyaingi cabaran, sekali gus muncul pemenang pada kejohanan tersebut. "Ini adalah kejohanan terakhir sebelum Sukan SEA dan ia akan memberi peluang kepada pasukan negara untuk mengukur kemampuan lawan mereka dan mempersiapkan diri dengan suasana kejohanan kompetitif. "Harapan kami bahawa pemain wanita terutama pasukan negara ke Sukan SEA, akan lebih bermotivasi untuk meraih gelaran individu dan berpasukan yang kitatewas tahun lepas," katanya dalam kenyataan hari ini. Cabaran pemain tempatan pada kejohanan itu akan diketuai oleh Genevieve Ling I-Rynn, Loy Hee Ying dan pemain berpengalaman Nur Durriyah Damian, yang akan turut beraksi pada Sukan SEA di Singapura, bulan depan. Sebanyak 103 pemain dari rantau Asia Pasifik akan menyertai kejohanan selama tiga hari itu. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT