CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bekam Atasi 72 Penyakit Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

25-5-2015 03:36 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 5573| Komen: 6


Oleh : Dean BZ

Tentunya kita sudah biasa mendengar mengenai bekam namun sejauh manakah manfaatnya yang kita ketahui?


Kaedah rawatan bekam. Video diambil dari perkongsian di Youtube.

Bekam merupakan satu perubatan tradisional yang menggunakan kaedah menyedut sebahagian permukaan kulit menggunakan alat khas. Alat tersebut akan menyedut darah-darah kotor (sel darah yang telah rosak) dari dalam badan dan darah akan keluar dipermukaan kulit dalam hanya beberapa saat.

Sejarah bekam bermula sejak zaman peradaban kuno iaitu zaman Sumeria (sekitar 3,500 - 2,300 tahun SM), kemudian terus berkembang ke Babylon, Mesir Kuno dan Persia. Pada zaman Rasulullah S.A.W, dipercayai peralatan yang digunakan untuk berbekam adalah menggunakan tanduk kerbau dan tulang unta. Dalam bahasa Arab bekam dikenali sebagai Al-Hijamah yang bermaksud perlepasan darah kotor. Terapi bekam juga dapat mengatasi 72 jenis penyakit.

Bekam kebiasaannya terbahagi kepada 3 jenis iaitu bekam kepala, bekam badan dan bekam muka.


Kebaikkan bekam kepala dapat menghindari masalah pening kepala, penyakit migrain, serangan Stroke, meningkatkan daya ingatan, menyembuhkan parkinson dan menurunkan darah tinggi.


Bekam badan pula sudah tentu untuk kesihatan jantung selain dapat membaiki sel tubuh yang rosak agar kembali normal.

Manfaat bekam muka pula untuk mencegah kulit muka dari jerawat degil dan masalah resdung. Selain membuatkan peredaran darah di kawasan muka bergerak lancar, kulit juga akan lebih cerah, sihat dan berseri-seri.

Secara keseluruhannya bekam dapat membuang darah yang mengandungi toksin, perbaiki fungsi organ yang terganggu dan menambahkan antibodi agar badan akan lebih sihat.

Tak kan baca je, jomlah berbekam dan rasai sendiri manfaat dari berbekam. Badan sihat, otak pun cergas! - CARI Infonet.


Sumber foto : Carian Google

39

Bagus
45

Marah
11

Terkejut
23

Sedih
37

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (167 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote valuer 11-2-2016 03:29 PM
kami pernah bekam kepala dan bahu. memang terasa ringan je kepala dan bahu. sebelum ni selalu sakit2 bahu. lepas bekam rasa lega sangat. masa bekam tu, ustazah yang buat kata banyak angin. bekam dekat belakang badan memang tak terasa apa pon. ayah saya bekam dekat perut, dia cakap sakit sikit sebab kulit nipis dekat perut, belakang banyak lemah :D
Quote bekamsifu 30-9-2015 12:05 PM
bekam tak sakit pun, siap ada yang tertido semasa berbekam.hihi. darah kotor mmg geli la sebab tu kna buang kn..tpi memang banyak kesan positif yg biasa saya dapat feedback dari org yg sy bekam.
Quote sabbath_shalom 26-5-2015 10:13 PM
Aku pernah buat...darahnya berketul2, beku, ada yg berair2 dan berminyak.

Geli kannn.
Quote chacon 26-5-2015 07:33 PM
confirm ke yg keluar tu darah kotor. aku tak faham macam mana sure tu darah kotor
Quote wnwa05 26-5-2015 05:02 PM
bekam ni sakit tak?
Quote estrelle 25-5-2015 06:53 PM
nak buat tp ngeri tengok darah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.186615 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top