OPM mengisytiharkan perang revolusiner dari daerah Sorong hingga ke Merauke. JAYAPURA - INDONESIA. Pertubuhan Kebebasan Papua (OPM) mengisytiharkan perang terbuka terhadap tentera Indonesia. Komander sayap bersenjata OPM, Enden Wanimbo berkata, perjuangan mereka menuntut kemerdekaan di wilayah itu belum berakhir. Memetik laporan Jakarta Globe, OPM mengisytiharkan perang revolusiner dari daerah Sorong hingga ke Merauke. "Ini bermakna kami melancarkan perang habis-habisan terhadap Indonesia di bumi Papua," katanya. Tambah Eden, pihaknya menolak sebarang rundingan dengan Jakarta dan pertubuhan itu hanya mahukan kemerdekaan. Sementara menurut seorang lagi, Komander OPM, Puron Wenda menegaskan bahawa pertubuhan itu sudah bersedia untuk berperang. "Kami tidak mahu lagi mengadakan sebarang dialog dengan Jakarta kerana mereka sering menipu. "Indonesia perlu keluar dari wilayah ini kerana kami akan meneruskan perjuangan menuntut kemerdekaan," katanya.
Indonesia menguasai wilayah Papua ini melalui pungutan suara pada 1969, bagaimanapun pungutan suara itu kini dianggap sebagai helah untuk menguasai wilayah berkenaan.
|
airfilterkotor replied at 23-5-2015 04:40 PM
peluru yang melilit kat badan mamat tu apasal tak sama saiz...?
mbhcsf replied at 23-5-2015 04:06 PM
kalau tengok dari raut muka ni depa dari etnik mana ye...depa punya muka dah macam iras iras org dar ...
stania83 replied at 23-5-2015 06:34 PM
lelakinya si kris dayanti org papua la kannn?
MissVixen replied at 23-5-2015 05:52 PM
Etnik papua kebanyakannya. Agama kristian.
diorang memang mcm negro. Badan brsar2 dan tinggi.
...
mbhcsf replied at 23-5-2015 04:06 PM
kalau tengok dari raut muka ni depa dari etnik mana ye...depa punya muka dah macam iras iras org dar ...
ADVERTISEMENT