CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Merotan Pelajar: Surat Terbuka Kepada Yasmin Hani Daripada Seorang Guru

25-5-2015 10:21 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 34826| Komen: 234


Kenyataan merotan anak murid oleh guru di sekolah tidak lagi relevan yang dituturkan oleh Yasmin Hani baru-baru ini nampaknya telah menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak. Ramai yang membangkang kenyataan tersebut, terutamanya para guru. Bagi mereka, Yasmin Hani tidak mengetahui sebenar. Ramai yang mencadangkan Yasmin menghabiskan masa selama seminggu dua sebagai seorang guru dan selepas itu mengeluarkan pendapatnya sekali lagi.


Tidak puas hati dengan kenyataan Yasmin Hani, seorang guru yang menggelarkan dirinya “Guru XYZ” telah menghantar email kepada Abang Nara untuk berkongsi rasa. Panjang lebar tulisannya. Namun ada betul juga kata-kata Guru XYZ ini. Tulisnya:-

                    Dear Yasmin Hani,

Firstly, thank you kerana memberi tips dan idea kepada guru how to handle kids nowadays. but let me tell you something dear, bidang ini bukan bidang anda. anda cuma menjadi mata dan telinga kepada kami. namun bukan menjadi kaki tangan hidung siku lutut seorang guru.
Sekiranya anda tidak boleh membantu kami dalam urusan di kerjaya kami, maka janganlah mengguris hati kami dengan kata-kata anda. bukan saya menyokong tindakan guru merotan, namun saya yakin dan percaya, hanya kami yang berada di bidang ini tahu apa yang terbaik untuk murid.

Kami tidak bodoh untuk asyik menghukum dan memarahi anak murid. kerana jauh di sudut hati, marah itu kerana kami sayang. mungkin anda dibesarkan dengan cara barat sehinggakan saya lihat kehidupan anda sekarang juga seperti itu, tapi kami hidup cara timur, caranya pun kena seperti itu.

Saya juga tahu sekiranya saya seorang guru menegur anda di bidang anda secara terbuka, mungkin apa yang kami rasa sama seperti apa yang anda akan rasa. sesungguhnya, saya harap sekiranya kami diberi peluang untuk menegur anda dan memberikan tips dan idea how to be an IDEAL Malaysian artist, pasti anda juga mengeluarkan kata-kata “you are not in my shoes, not even in my world”

Sebelum menegur urusan kami, alangkah lebih baik anda mengurus diri anda dulu yang tidak cukup kain berpakaian, yang mungkin menjejaskan akhlak anak anda sendiri. sesungguhnya seorang murid yang baik itu adalah hasil didikan ibu dan bapa mereka. dan apa saja perbuatan dan sifat mereka di sekolah, adalah kerana apa yang mereka lalui di rumah.

Tugas kami mendidik. namun yang membantu kami menjadikan seorang murid itu manusia adalah ibu bapa ataupun paling kurang penjaga mereka. semoga kita saling menghormati dan tidak mengguris hati dengan kata-kata kerana saya yakin anda dan saya mahukan perkara yang terbaik untuk anak dan setiap murid di dunia ini.

Saya mohon maaf sekiranya kata-kata saya menyinggung perasaan anda tapi saya juga menjadi wakil kepada hampir semua guru di Malaysia yang sedikit terasa dengan kata kata Puan 

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

         Sincerely,
         Guru XYZ 


1

Bagus
1

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 25-5-2015 09:31 AM
Guru Rotan Murid Tidak Lagi Relevan – Yasmin Hani
Dahulu, penulis selalu teringat hukuman rotan sudah cukup sinonim dengan mereka yang menyalahi peraturan di sekolah dan kerap sekali digunakan untuk memberi pengajaran buat mereka yang tidak menyiapkan kerja rumah.  Tidak dapat dinafikan setiap kali nampak rotan dibawa bersama cikgu mesti semua pelajar akan kecut perut.

Namun, bila melangkah masuk ke zaman millenium bukan anak-anak murid yang kena marah dengan guru tetapi jika para pendidik merotan anak didik mereka ibu bapa akan hadir ke sekolah dan kembali menyalahkan guru pula. Namun, masih ada juga ibu bapa yang tidak kisah jika anak mereka dirotan.
Setiap orang mempunyai pandangan mereka tersendiri berhubung isu tersebut. Buat pelakon Yasmin Hani pula, beliau menganggap kaedah merotan tidak relevan lagi pada masa kini dan menyatakan masih banyak lagi kaedah lain boleh digunakan.
Saya rasa guru naik tangan kepada pelajar tidak perlu lagi sekarang ini kerana seseorang pelajar mungkin mempunyai gangguan atau masalah dalam hidupnya menyebabkan mereka melakukan kesalahan.
Guru masa kini tidak perlu untuk mengikut cara guru-guru duhulu mengajar dengan merotan pelajar kerana masa kini terdapat pelbagai cara lain boleh dilakukan untuk menghukum para pelajar.

Yasmin yang ditemui dalam sebuah majlis untuk berkongsi kisah guru di Inti International University Collage, Subang Jaya turut menyarankan agar seorang guru mengambil inisiatif untuk berkomunikasi secara baik dengan pelajar dan mengetahui masalah mereka sebelum tindakan selanjutnya dikenakan kepada mereka.
Bagi saya apa yang boleh guru lakukan ialah mengorek rahsia atau masalah yang dialami oleh pelajar dengan menggunakan perkataan How (bagaimana) dan What (apa) daripada bertanyakan why (kenapa) kerana ia dilihat seperti melakukan provokasi kepada sesorang pelajar.
Guru harus menggunakan cara psikologi kepada pelajar kerana secara langsung pelajar itu akan bercakap dan mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi secara sendiri.

Pada masa yang sama beliau juga berharap agar guru dan ibu bapa dapat bekerjasama dalam mendidik dan tidak menyalahkan diantara satu sama lain.

Quote bintangcinta 25-5-2015 09:36 AM
erkkkk ok... #teamguru okbai
Quote haryatie 25-5-2015 09:36 AM
knpa cikgu tu tegur cara dia berpakaian pulak..
Quote SenahMontanah 25-5-2015 09:38 AM
terbaik cikgu!! kene sebijik ko yasmin..hamek kauu
Quote SenahMontanah 25-5-2015 09:38 AM
haryatie replied at 25-5-2015 09:36 AM
knpa cikgu tu tegur cara dia berpakaian pulak..

ko kene baca keseluruhan surat tu baru ko paham
Quote tomatome 25-5-2015 09:43 AM
Tebaik cikgu!! Team cikgu gak.. Kbai
Quote enchikfitz 25-5-2015 09:44 AM
#teamguru jugak

Dey bitch, ko bukan guru tapi sibuk naw nak komen tugas cikgu macam mana. You're NOT in their shoes ok? Ambik kau, kena sebijik!
Quote hemoh2 25-5-2015 09:46 AM
kehkehkeh
iols x urban
so..iols sokong guru
windu guru 200%
*psss...iols penah kene rotan kat sekolah beb
perhimpunan lagii...sbb tulis surat kat retissss....*
kbaiiii...
Quote freezyout 25-5-2015 09:48 AM
cari pendekatan yang terbaek bg murid2x..
Quote aya_D'Brutal 25-5-2015 09:48 AM
SenahMontanah replied at 25-5-2015 09:38 AM
ko kene baca keseluruhan surat tu baru ko paham

team guru jugak...kbai
Quote hasniey 25-5-2015 09:52 AM
erm cikgu sentap lebih
btol la jgk yasmin ckp tu,xkn la rotan tu melambangkn sifat org2 timur pulak
kn bnyk cara lain lg nk hukum plajar
kt malaysia ni xsemua pon pljar jd mnusia,pdhal semua sekolah pon rotan pljr
Quote kelapaparut 25-5-2015 10:00 AM
Rotan more tu perasaan cikgu mlpaskan marah je, kalu betul2 nak mendidik slow talk lame2 ok,zaman iols dulu cikgu rotan,budak baling kerusi tau kat cikgu,budak2 pun hangin jugak so hati2lah cikgu
Quote hussycancer 25-5-2015 10:01 AM
Haha..alah cikgu sentap..btl apa yasmin hani tu tegur..xkn nk kne tgur cikgu kne jd cikgu dl?? Abes klu nk tegur najib kne jadi menteri dl la yek
Quote kelapaparut 25-5-2015 10:07 AM
One more thing cara berpakaian hani xmelambangkan peribadi yg buruk, jgn ingat yg tutup aurat tu baik belake,tghla video2 kat utube tu byk budak pompuan muda yg btudung buat projek dlm semak la,beromen atas padang,bpelok dgn kpop atas pentas,buli lg..jgn salahkan golongan free hair xbermoral,thats all is subjective,dah tu cikgu2 yg bertudung paritdah segale xsexy jugak ke,hello..bapak budak2 ramai taste dgn cikgu2 pompuan kat sekolah sbb cara bpakaian cikgu pun hell out of this world
Quote nemonemonemo 25-5-2015 10:10 AM
Team #yasminhani, takdela i sokong sangat apa yang YH cakap, tapi the way cikgu tu tulis, memang judgemental sampai isu berpakaian. Freedom of right, kalau tak setuju bagi alasan yang bernas bkn judge kononnya tak cukup kain etc. i hate this kind of teacher. K bai
Quote Knowlee 25-5-2015 10:10 AM
Dear Yasmin Hani, you have one child, I think you cam handle your child easily (I think). But those teachers need to handle more than 30-40 children at a time. It means there are 30-40 different behaviours and attitudes. That is ONE class only. Teachers are not teaching one class a day. Eh, Yasmin, which school did you go to?
Quote MsCinderella 25-5-2015 10:13 AM
x payah jadi cikgu utk rasa susah nak mendidik org muda
jadi mak cukupla...
tunggu la anak dia jadi remaja nanti

btw..cikgu bukan mendidik sorang anak..tp ramai..
lain tahun..lain anak murid...lain perangai..


Quote aezvogue 25-5-2015 10:14 AM
bagus cikgu..setepek kena kat yasmin #teamguru
Quote dubuk 25-5-2015 10:17 AM
bukan ka yasmin ini yang pakai seksi depan ahli nasyid jemputan dalam satu temuramah

Lihat semua komen(234)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.081266 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top