Selepas pelancaran tiket yang diadakan pada 17 Mei 2015 bertempat di Quill City Mall yang bermula pada 11 pagi, namum dikabarkan bahawa ada peminat yang telah siap berkampung 10 hari sebelum pelancaran tiket semata-mata kerana ingin menjadi peminat terawal dan pertama untuk membeli tiket VIP dan juga tawaran istimewa pengajur iaitu pemegang tiket Rock Zone A, B, VIP CAT 1 akan berpeluang memenangi pass "Sound Check" secara melalui cabutan bertuah yang akan diumumkan oleh penganjur pada 24 Julai 2015 nanti. Peminat juga hanya dibenarkan membeli maksimum sebanyak 8 keping tiket seorang di mana-mana kategori tiket tersebut. Tiket CAT 4 (RM 288) telah habis terjual tidak sampai masa sejam kounter penjualan dibuka. Dianggarkan seramai 1,000 peminat hadir dan 80% tiket juga telah habis dijual pada hari tersebut. Manakala bagi peminat yang tidak dapat menghadirkan diri pada hari pelancaran tiket, dikabarkan seramai 6,000 peminat telah menanti halaman web 'online' TicketCharge dibuka pada jam 5.00 petang pada 17 Mei 2015.
Harga tiket konsert untuk “BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA” seperti berikut: * RockZone A – RM798 (Free standing) * RockZone B – RM698 (Free standing) * VIPCat 1 – RM698 (Numbered seat) * Cat2 – RM598 (Numbered seat) * Cat3 – RM498 (Numbered seat) * Cat4 – RM288 (Numbered seat) **Semua harga termasuk 6% GSTtapi tidak termasuk kos pengendalian tiket RM4. Untuk pengetahuan semua concert ini disokong oleh Malaysia Major Events, yang dibawah kendalian Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC) dan telco rasmi untuk concert pada kali ini adalah Hotlink. Artikel oleh : isabel Photo oleh : Tna dan IME Production Press Release oleh : IME Production |
WeAiNe replied at 2-6-2015 03:26 PM
kak bel nanti murah hati ye upload gambar2 waktu konsert hehehe
ADVERTISEMENT