Para pemain The Red Warriors (TRW) menyokong Zakaria Yusof, 65, atau lebih dikenali sebagai Pok Ya Rambo yang bernazar untuk berlari dari Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur hingga Kota Baharu jika Kelantan menjulang Piala FA pada Sabtu ini.
"Jadi kita kena menang dengan Lions XII dan dia dapat mulakan misinya. Kita beri segala sokongan kepada Pok Ya. Lagipun kita tak mahu Piala FA keluar dari Malaysia," katanya. Mohd Badri turut menyerahkan dua pasang kasut serta tujuh helai baju kepada Zakaria yang mempunyai 13 orang cucu dan merupakan peminat fanatik TRW. Bagi Zakaria, cuaca tidak menjadi halangan untuknya berlari. "Saya sudah biasa dengan cuaca panas dan saya jangkakan mampu menamatkan misi saya dalam tempoh seminggu," katanya. Beliau merancang untuk berlari dari Stadium Bukit Jalil hingga Kuala Lipis, Pahang sebelum memasuki Kelantan dan menamatkan larian di Stadium Sultan Muhammad IV. Gambar: Facebook The Red Warriors Malaysia
sumber:www.stadiumastro.com |
ADVERTISEMENT