SUKAN muaythai atau tinju kini sudah mulai mendapat tempat di hati peminat daripada pelbagai golongan usia di Malaysia. Inisiatif berterusan Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur yang menganjurkan kejohanan tinju sejak 2011 berjaya menarik minat penonton membanjiri Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.
Malah, penonton yang hadir menyaksikan perlawanan akan berasa seolah-olah berada di Stadium Lumpinee, Thailand yang sangat terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah pusat muaythai dan banyak melahirkan bintang peninju bertaraf dunia. Timbalan Presidennya, Zaki Yamat berkata, pihaknya berterima kasih kepada Sinar Harian yang banyak membantu dari segi publisiti dan promosi sekali gus meletakkan sukan muaythai dikenali ramai.
"Ucapan terima kasih kepada Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, (Mohd) Nasir Hamzah yang sentiasa bersama kami di setiap kejohanan dan dengan cara ini juga masyarakat umum tahu sukan muaythai sudah lama bertapak dan aktif di Malaysia," katanya. Kali ini, tali pinggang Sinar Harian turut dipertandingkan di DBKL Kuda Merah International Muaythai Challenge 2015 yang bakal menjadi rebutan Iawan Anak Tiong dari Gua Musang Kelantan yang dicabar peninju dari Thailand, Diklan. sumber:sinar harian |
ADVERTISEMENT