CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat Tigerair Gagal Kesan KLIA Patah Balik ke Changi

21-5-2015 12:25 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 11453| Komen: 56





SINGAPURA – Sebuah pesawat tempatan, Tigerair TR2464 dari Singapura ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini, tidak lama selepas baharu berlepas pada lewat Rabu.


Syarikat udara tambang murah berpusat di Singapura itu mengesahkan bahawa insiden disebabkan cuaca buruk dan masalah teknikal pada radar pesawat model Airbus A320-200 yang gagal mengesan lokasi KLIA di Sepang.

Seorang jurucakap Tigerair berkata keputusan untuk berpatah balik dibuat sebagai ‘langkah mengelak nahas’ dan faktor keselamatan tetap menjadi keutamaan syarikat penerbangan kos rendah yang ditubuhkan sejak 2003 itu.

Gambar Wilson Tan / Ihsan Channel NewsAsia


“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga kesejahteraan para penumpang kami,” tambah jurucakap syarikat tersebut ketika dihubungi stesen penyiaran rasmi milik pemerintah Singapura, Channel NewsAsia.

Seorang penumpang TR2464, Wilson Tan berkata pesawat itu hanya berada di udara selama 25 minit selepas berlepas pukul 4.35 petang, apabila juruterbang mengumumkan bahawa pesawat itu berpatah balik ke Changi.

Ujar beliau: “Juruterbang kata kami berpatah balik akibat ‘cuaca buruk keterlaluan”, tetapi seorang kru pesawat beritahu saya radar tidak dapat mengesan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.”

Gambar Wilson Tan / Ihsan Channel NewsAsia

Sejurus selamat mendarat semula di Changi, semua penumpang jelas Tan, diarahkan untuk pergi ke pintu perlepasan yang lain bagi mendapatkan pula penerbangan ganti yang sudah bersiap sedia menunggu mereka.

Tan, yang kemudiannya menaiki TR2464D, mendarat dengan selamat di KLIA pada 8.20 malam tadi tetapi menambah terdapat beberapa penumpang yang enggan menaiki penerbangan gantian itu kerana bimbang.

Beliau berkata: “Bilangan penumpang dalam penerbangan gantian itu pula lebih rendah berbanding jumlah awal padahal laluan Singapura-Kuala Lumpur biasanya amat laris sehingga habis penuh kesemua 180 kerusi.”

Tigerair yang dimiliki Tiger Airways Singapore Pte. Ltd. terbang ke 36 destinasi di rantau Asia tenggara selain Australia, China dan India dengan 26 buah pesawat pelbagai model Airbus. – Agensi/H.A.AMREE


17

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
21

Sedih
29

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 21-5-2015 12:18 PM
hehehehehehee.....macam² hal...
Quote ninjago 21-5-2015 12:27 PM
fuhh..kalau aku dh beli tiket bas je tuk ke KL.. xde makna nak naik kali ke 2.. anyway, misteri btul radar tak detect location KLIA!
Quote GhostWalking 21-5-2015 12:30 PM
nak minta stewardess kita sis @Changa bagi seksplanation.Kelana aku rasa takde nih
Quote miabebe 21-5-2015 12:33 PM
Uiks..

Highland tower, villa nabila, KLIA..
Quote revolusi_30 21-5-2015 12:36 PM
Radar rosak bukan...
Quote kucen_miang 21-5-2015 12:38 PM
ko pakai radar cap ayam ke hapa sampai klia secanggih itu pun takleh kesan.
Quote prettyuglybabe 21-5-2015 12:41 PM
sapa pulak yang 'tutup' KLIA tu
Quote MH37O 21-5-2015 12:44 PM
singapore saje sabotaj KLIA...dia nak kasitau satu dunia yg KLIA not famous like changi airport la tu
Quote primemova 21-5-2015 12:49 PM
Edited by primemova at 21-5-2015 12:52 PM

Laa korang ni... Radar tak dpt detect sbb kerosakan teknikal pada radar pesawat tu ....  Kelakar korang ni tu la akibat mengata ahmad maslan
Quote GhostWalking 21-5-2015 12:54 PM
primemova replied at 21-5-2015 04:49 AM
Laa korang ni... Radar tak dpt detect sbb kerosakan teknikal pada radar pesawat tu ....  Kelakar kor ...

saja bagi unsur misteri sikit sempena malam jemahat nih
Quote Artemesiaa 21-5-2015 01:20 PM
Radar rosak je pun apa yang misterinya.  Pesawat tak penuh sebab ramai yang sengkek selepas bercuti panjang awal bualn aritu, masing2 gigih bertabah menunggu gaji minggu depan.
Quote Changa 21-5-2015 02:51 PM
GhostWalking replied at 21-5-2015 12:30 PM
nak minta stewardess kita sis @Changa bagi seksplanation.Kelana aku rasa takde nih

akak syak heshe tengah keliling kaabah?
Quote Changa 21-5-2015 02:52 PM
GhostWalking replied at 21-5-2015 12:30 PM
nak minta stewardess kita sis @Changa bagi seksplanation.Kelana aku rasa takde nih

kakak takde explanation la sis.
nanti akak try cikcur kat forum airliners kalau ada timbul isu ini.
Quote Changa 21-5-2015 02:53 PM
primemova replied at 21-5-2015 12:49 PM
Laa korang ni... Radar tak dpt detect sbb kerosakan teknikal pada radar pesawat tu ....  Kelakar kor ...

yg misteri nya sis, airport changi boleh pula detect gitu??
Quote lipans 21-5-2015 02:53 PM
ada yang dengki tanam telur depan klia supaya pelanggan tak nampak.
Quote GhostWalking 21-5-2015 02:57 PM
Changa replied at 21-5-2015 06:51 AM
akak syak heshe tengah keliling kaabah?

hahahahaha confuse gitewww
Quote ridz09 21-5-2015 02:59 PM
Memang misteri ni....
Quote Changa 21-5-2015 03:03 PM
kucen_miang replied at 21-5-2015 12:38 PM
ko pakai radar cap ayam ke hapa sampai klia secanggih itu pun takleh kesan.

kan sis?
bukan kah kat KLIA nak landing secara auto pun boleh kan??

Quote minahmanja 21-5-2015 03:17 PM
lipans replied at 21-5-2015 02:53 PM
ada yang dengki tanam telur depan klia supaya pelanggan tak nampak.

hahahhahaa.... ape punye komen daa....
tersedak sekut julies aku ni ha..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.083693 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top