CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Kecik idam jaring gol di Bukit Jalil

20-5-2015 02:33 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1456| Komen: 0



Pemain sayap The Red Warriors (TRW), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria atau lebih mesra dengan panggilan 'Kecik' begitu mengidam untuk menjaringkan gol pada final Piala FA menentang Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Hasrat itu membuak-buak bagi pemain berusia 24 tahun ini kerana ia merupakan penampilan sulungnya dalam perlawanan akhir.

"Saya berazam untuk menjaringkan gol sekiranya diberi peluang beraksi. Ia merupakan penampilan pertama saya di pentas final dan ini peluang terbaik saya untuk membuktikan keupayaan sebenar serta menghadiahkan kemenangan kepada penyokong yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami," katanya kepada Bernama.

Kecik berkata segala pengalamannya ketika beraksi bersama Harimau Muda A akan dimanfaat sebaik mungkin.

"Apa yang penting saya perlu fokus dan memberikan aksi terbaik pada perlawanan tersebut dan mengetepikan perasaan takut," katanya.

Namun beliau berkata TRW tidak boleh memandang mudah keupayaan Lions XII kerana pasukan itu memiliki semangat juang yang tinggi.

"Semangat berpasukan yang dimiliki mereka cukup tinggi terutama dalam disiplin bertahan mahupun menyerang. Kita perlu lebih berwaspada dan tidak leka," katanya.

Kelantan mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang.




sumber:www.stadiumastro.com

6

Bagus
2

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.038200 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top