Oleh : Dean BZ
Sabtu lalu kecoh tentang provokasi oleh segelintir penyokong Terengganu terhadap keputusan pengadil bola sepak yang menafikan gol keempat Terengganu. Gol tersebut hasil jaringan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Lions XII. Insiden itu menyebabkan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru siap dibaiki dibakar oleh penyokong Terengganu sebagai tanda protes atas keputusan itu sebaik sahaja perlawanan tamat.
Tak cukup dengan itu, perusuh turut membakar sebuah ambulan, memecahkan cermin bas pemain dan kerusi tempat duduk didalam stadium. Anggaran kerugian sebanyak RM 150, 000 dan seramai hampir 26 orang yang disyaki perusuh sudah berjaya ditangkap dan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Wajarkah membakar stadium hanya kerana marahkan keputusan pengadil? Mengapa penyokong menggunakan emosi untuk melepaskan amarah mereka? Membakar stadium dianggap satu perbuatan yang tidak masuk akal dan tidak patut berlaku sekali pun sebagai tanda protes. Perbuatan ini bukan saja memalukan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, malah tindakan segelintir penyokong ini turut menerima kecaman dari penyokong bola sepak Terengganu sendiri. Walaupun kejadian ini tidak mencerminkan seluruh penyokong Terengganu namun sedikit sebanyak ia mencemarkan identiti Terengganu yang terkenal dengan jolokan ‘Terengganu Darul Iman’. Tindakan pengadil yang dikatakan berat sebelah juga tidak boleh dibiarkan dan FAM perlu menyiasat perkara sebenar kerana ia melibatkan kepercayaan penyokong bola sepak kepada FAM dalam memilih pengadil yang bermutu lebih-lebih lagi ketika perlawanan yang dianggap besar. Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman turut mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menghantar surat bantahan kepada FAM dan PBSNT tidak akan teragak-agak untuk menarik diri dari Liga Malaysia jika FAM tidak mengambil tindakan sewajarnya seandainya didapati pemain Terengganu tidak offsaid. Namun mengikut laporan Bernama bertarikh 19. Mei menyatakan keputusan pengadil membatalkan jaringan seratus peratus tepat dan memang offsaid. Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Goh Ah Chai menjelaskan bahawa berdasarkan Laporan Penilaian Pengadil dan analisa video, jelas menunjukkan pemain Terengganu itu berada pada kedudukan ofsaid dan hanya seorang pemain pertahanan Lions XII, Nazrul Nazari berada di belakangnya. "Undang-undang bola sepak tidak menyebut bahawa penjaga gol mestilah menjadi pemain pertahanan terakhir dan ini bermaksud, mana-mana pemain pasukan lawan boleh menjadi pemain terakhir dan pemain kedua terakhir. "Selain itu, pengadil perlawanan, Amirul Izwan Yaacob juga telah membatalkan gol tersebut selepas mendapat bantuan daripada penolong pengadil, Azman Ismail," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, di sini, Isnin. Sementara itu, Instruktur Pengadil FIFA C. Ravichandran berkata situasi yang sama pernah berlaku pada pembukaan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, apabila pengadil perlawanan membatalkan jaringan Mexico ketika menentang pasukan tuan rumah. Dengan keputusan ini, penyokong perlu mengambil iktibar dan bertindak lebih rasional jika berlakunya kes mengelirukan seperti ini. Mungkin masih ada ketidakpuasan hati dikalangan penyokong dengan keputusan ini, namun kos kerosakan itu tetap perlu dilunaskan. - CARI Infonet. |
35
Bagus |
18
Marah |
29
Terkejut |
31
Sedih |
36
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mayaBB: Buat malu org terengganu la.. terengganu juga tkenal dengan Kepok lekong... ishhh teringat kawan lame.. duduk dkt Besut.. ape kabar die..
ADVERTISEMENT