BEKAS anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik telah dilantik sebagai ikon bagi satu projek anti-jihad yang berperanan untuk mengekang para gadis menyertai kumpulan pengganas.
Projek ‘Prevent Engage and Inspire’ tersebut dipelopori oleh bekas peserta program berbentuk bisnes The Apprentice iaitu Nurun Ahmed.
Ia berikutan tindakan dilakukan tiga gadis di Britain iaitu Amira Abase, Kadiza Sultana dan Shamima Begum yang dikatakan sanggup melarikan diri ke Syria untuk berkahwin dengan anggota IS.
Tiga gadis yang hilang tanpa dapat dikesan selepas disyaki meninggalkan Britain untuk menyertai IS.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga mereka kini didakwa hilang dan sedang dijejaki. Situasi tersebut turut membimbangkan pihak berkuasa Britain, tambahan pula, bulan Ramadan semakin menjelang tiba yang turut jatuh pada musim cuti panas.
Atas sebab itulah, kempen sebegini diharapkan dapat mengelak ada gadis lain merancang sesuatu seperti tiga gadis berkenaan selepas ini.
Bagaimanapun secara logiknya, adakah figura seperti Zayn Malik yang bertatu dan bertindik sesuai untuk dijadikan ikon bagi ‘menasihati’ gadis Islam? Hanya Islam atas nama dan latar belakang sahaja..
Sumber – MYNEWSHUB.CC
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|