Kecoh sekarang ini dengan aplikasi hiburan telefon pintar terbaru Dubsmash yang kini menjadi "trending" diseluruh dunia. Dengan men'dubbing' suara dari klip video terkenal, pengguna aplikasi ini hanya perlu mengerakkan mulut dan membuat sedikit aksi bagi menyamai suara asal dalam aplikasi itu. Tak pasti dimana salahnya, namun fenomena ini mungkin dianggap sebagai video lawak untuk hiburan semata-mata dan ada juga menganggap ia seperti memperbodohkan diri sendiri.
Lihat sahaja perkongsian di Instagram dan juga di Facebook, setiap hari ada sahaja hidangan baru video lawak yang dikongsi. Sebagai penonton, kita 'menderma' likes yang dianggap galakan untuk mereka pergi lagi jauh. Kalau dulu di Malaysia, Bobo dan Cikgu Shida yang pernah menggamatkan suasana satu ketika dahulu dicemuh oleh kebanyakkan orang namun kini rata-rata semua orang ingin mengambil bahagian didalam fenomena sebegini. Sehingga wujud Youtube Channel untuk Dubsmash Malaysia berkongsi video mereka. Dianggap bodoh atau lawak? Jika empat tahun dahulu mungkin ia dianggap membodohkan diri namun kini ia adalah satu trend yang senang mengambil tempat di hati orang ramai terutamanya golongan remaja. Apa pandangan anda? - CARI Infonet. |
ADVERTISEMENT