Parti pembangkang sebulat suara memilih Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua mewakili Ketua Pembangkang Parlimen selepas diisytihar menang dalam pilihan raya kecil (PRK), Permatang Pauh pada 7 Mei lalu. Dr Wan Azizah memberitahu wartawan dia berasa rendah diri dan terharu atas sokongan penuh ketiga-tiga parti dibawah Pakatan Rakyat. Beliau akan mengangkat sumpah pada 18 May 2015 (Isnin) pada jam 10 pagi. Ini menjadikan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang Parlimen ke 10 selepas suaminya Anwar Ibrahim dipenjara di atas kesalahan berkaitan sodomi. Untuk rekod, Dr Wan Azizah pernah memegang tampuk ketua Pembangkang pada awal tahun 2000 juga ketika Anwar Ibrahim dipenjara. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Di universiti, beliau dianugerah pingat emas 'MacNoughton-Jones Gold Medal' sebagai pelajar terbaik.
Beliau juga merupakan wanita tunggal yang memegang jawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sebanyak dua kali. -CARI Infonet.
|
25
Bagus |
13
Marah |
27
Terkejut |
16
Sedih |
21
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT