1.Lelaki ini yang dibesarkan oleh monyet di dalam hutan
Selepas melihat pembunuhan kejam yang dilakukan oleh ayah kandung kepada ibunya, Ssebunya, 4 tahun melarikan diri ke dalam hutan dan dilaporkan dibesarkan oleh monyet. Sehingga tahun 1991, dia dijumpai oleh penduduk kampung yang mengambilnya kembali. Mereka mengajar Ssebunya cara bercakap dan dia juga boleh menyanyi. 2.Kanak-kanak menyalak yang dipercayai dibesarkan oleh kucing dan anjing. Pada 2009, Natasha budak berusia 5 tahun dari Chita, Siberia dijumpai berjalan menggunakan kaki dan tangannya (sama seperti kucing dan anjing berjalan), minum menggunakan lidah dan berhubung dengan menyalak. semua kelakukan Natasha serupa dengan anjing dan kucing.
Polis kemudiannya menjumpai tempat persembunyian kanak-kanak ini adalah disebuah bilik bersama kucing dan anjing. Bilik tersebut tidak mempunyai sistem pemanasan dan air dan tiada bilik air. Sewaktu dijumpai Natasha tidak bercakap menggunakan bahasa Russia, tetapi dia lebih banyak melompat dan menyalak seperti anjing. Bapanya Victor Lozhkin,25 dan ibunya Yana Mikhailova,25, dipercayai mengabaikan kanak-kanak tersebut dan ditahan untuk siasatan lanjut. 3.Budak Rusia yang dibesarkan oleh burung Seorang pekerja kebajikan Rusia menyelamatkan budak berusia 7 tahun yang dikenali sebagai 'budak burung' yang hanya tahu bercakap dengan berkicau seperti burung. Dia ditempatkan disebuah bilik bersama-sama burung oleh ibunya. Tiada kesan kecederaan ditemui namun ibunya memang tidak pernah bercakap atau mengajar kanak-kanak ini bercakap. Kanak-kanak ini hanya akan berkicau dan apabila dia merasakan tidak selesa dia akan mengepakkan tangannya seperti burung. 4.'Budak Serigala' yang membahayakan penduduk dan diburu polis Lagi kes di Rusia, 'budak serigala' ini dijumpai ditimbunan kayu-kayan dan dipenuhi serigala. Sewaktu dijumpai budak ini menggigit dan bertindak sama seperti serigala lain. Giginya juga tajam dan mempunyai sama bentuk seperti taring selain kuku tangan dan kaki yang panjang. Budak itu dipercayai ditinggalkan oleh ibu-bapa dan dibesarkan oleh serigala. Sewaktu ditahan dan dibawa ke klinik untuk pemeriksaan, budak ini tidak tahu untuk bercakap melainkan banyak merengus seperti binatang. Pihak klinik sempat memandi dan memakaikan pakaian baru sebelum kanak-kanak ini melarikan diri melalui tingkap. 5.Kanak-kanak 2 tahun yang dibesarkan oleh kambing biri-biri Kanak-kanak 2 tahun bernama Shasha T dikurung oleh ibunya Marina, 40, bersama-sama dengan kambing biri-biri.Kanak-kanak kekurangan zat ini tidak tahu bercakap, makan ataupun menggunakan tandas ini dilihat takut dengan kehadiran manusia dan akan memilih duduk dibawah perut kambing tersebut. Kanak-kanak ini dijumpai oleh pekerja kebajikan yang menjumpai kanak-kanak terbabit didalam bangsal. Sewaktu dijumpai ibu mangsa hilang tanpa dikesan. |
ADVERTISEMENT