CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

Kit Jurugambar Profesional Manfrotto Untuk iPhone 6

12-5-2015 10:24 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1802| Komen: 0

Description: Manfrotto ialah nama besar dalam dunia fotografi. Tripod mereka digunakan oleh jurugambar profesional dan juga amatur yang mahu kelihatan profesional . Kini mereka menghasilkan kit fotografi untuk pen ...


Manfrotto ialah nama besar dalam dunia fotografi. Tripod mereka digunakan oleh jurugambar profesional dan juga amatur yang mahu kelihatan profesional . Kini mereka menghasilkan kit fotografi untuk pengguna iPhone 6. Ia terdiri daripada cangkerang khas yang boleh dipasang kepada tripod.


Dua lensa iaitu mata ikan dan telephoto 3X boleh dipadankan kepada lensa peranti anda menggunakan cangkerang ini. Pada sisi cangkerang ada tempat khas untuk lampu LED 225 Lumens. Lampu ini mempunyai 3 tahap keterangan yang boleh diubah dengan mudah. Setiap gambar kopi mahal dan nasi lemak makanan pagi anda kini akan kelihatan cantik seperti karya Ansel Adams selepas ini dengan menggunakan kit Manfrotto.

Kit ini boleh dipesan secara terus melalui kedai atas talian Manfrotto pada harga $124 satu set. Jika gambar anda cukup bagus mungkin ia boleh dipaparkan di tepi jalan dengan cogan kata “Diambil degan iPhone 6″ pada masa hadapan. Buat masa ini tiada perancangan dari Manfrotto untuk menghasilkan kit untuk peranti lain. Kami menantikan versi Samsung Galaxy S6 kerana ia kini terbukti peranti dengan kamera mudah alih terbaik di pasaran sekarang.

[size=0.8em]SUMBER RUJUKAN: MANFROTTO
kredit:www.amanz.my



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.033448 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top