Paparan kedua video berdurasi lebih seminit di atas itu jelas kelihatan kedua-dua kakitangan Malaysia Airlines (MAS) barisan hadapan bertindak kasar,menjerit serta menuding jari terhadap penumpang yang berurusan di kaunter khidmat pelanggan.
Difahamkan pihak Malaysia Airlines (MAS) memandang serius perkara tersebut dan sedang menjalankan siasatan dalaman setelah video terbabit tersebar luas dalam laman sosial baru-baru ini. Menurut MAS lagi, video ini dirakam pada 1hb Mei ketika kakitangan MAS yang terbabit sedang menguruskan sekumpulan 30 orang penumpang yang mengadakan proses transit di KLIA dari Singapura ke Hyderabad,Bangalore. Bagaimanapun, situasi kurang menyenangkan itu akhirnya berjaya diselesaikan oleh pengurus yang bertugas dan penumpang yang terlibat turut diaturkan untuk penerbangan yang lain pada keesokan hari. Setakat ini pihak MAS masih belum megesahkan status kedua kakitangan yang bermasalah itu. Apapun perbincangan di Cari forum, ramai yang membidas perbuatan perakam video tersebut yang dianggap berat sebelah. Ini kerana klip tersebut dirakam dengan singkat... |
MissNigga replied at 7-5-2015 08:22 PM
there is a limit .. kalo dah tak dengar .. layak ler kena herdik dan tengking
primemova replied at 7-5-2015 09:01 PM
Ummah forum bagai tidak sabar nk menghentam melayu ... Kejap lg keluar lah melayu sunni semua.... S ...
ADVERTISEMENT