'Jangan bagi urang Banjar sarik!’ Azlan (empat, kanan) bersama 30 pemuda Banjar Kerian mendesak Raja Bomoh menarik balik kenyataan biadab menghina Mufti Perak dan masyarakat Banjar. BAGAN SERAI - “Raja Bomoh jangan bagi urang (orang) Banjar sarik (marah)!” Demikian kenyataan tegas Kelab Kulaan Malaysia, Azlan Che Lob mewakili lebih 30 pemuda masyarakat Banjar di daerah Kerian sewaktu ditemui media selepas membuat laporan polis terhadap Raja Bomoh, Ibrahim Md Zin. Kelmarin, Ibrahim mengeluarkan kenyataan menghina Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan menyifatkan masyarakat Banjar sebagai kaum yang tidak bernegeri melalui laman sosial. Kenyataan balas itu dikeluarkan Ibrahim susulan Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Perak menetapkannya sebagai sesat. Azlan berkata, kenyataan dikeluarkan Ibrahim iaitu ‘Orang Banjar tidak bernegeri’ memang keterlaluan dan seolah-olah masyarakat Banjar adalah kaum pendatang yang tidak diiktiraf. Menurutnya, tindakannya menghina Mufti Perak juga dianggap perbuatan biadab dan mengundangkan kemarahan masyarakat Banjar. “Kami tampil membuat laporan polis meminta agar Raja Bomoh memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya. Dia kena sedar, kaum Melayu, suku Banjar, Bugis Mendaling dan sebagainya adalah satu masyarakat yang bertamadun dan telah lama wujud membangunkan Malaysia. “Sebagai salah satu kaum yang diiktiraf di Malaysia dan menjadi sebahagian rakyat Perak, kami pemuda masyarakat Banjar mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan terhadap masyarakat Banjar termasuk menggelarkan Mufti Perak yang berbangsa Banjar dengan gelaran tidak sepatutnya,” katanya sewaktu ditemui selepas mengadakan perhimpunan aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kerian semalam. Azlan berkata, di Kerian sahaja, hampir 80 peratus populasi penduduk masyarakat Banjar dan kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim pastinya mengguris perasaan mereka yang sudah berbakti di negara ini sejak berkurun lamanya. Katanya, masyarakat Banjar juga menyokong dan berdiri teguh di belakang Mufti Perak yang menolak serta tidak bersekongkol dengan apa sahaja bentuk perbuatan khurafat dan ajaran sesat. “Kami bagi tempoh tiga hari untuk dia (Ibrahim) menarik semula kata-kata biadab, malah dia perlu memohon maaf secara terbuka kepada Mufti Perak dan seluruh masyarakat Banjar. “Berkenaan fatwa ajaran sesat, kami menyerahkan kepada Majlis Agama Islam Perak untuk menyiasat dan menentukannya,” katanya.
|
atekome replied at 4-5-2015 01:51 PM
Banjar ni asal org msia or indon?? Aku peyrok kt bndr d raja so org bnjar tkde
obelisk replied at 4-5-2015 01:55 PM
Tak silap org banjar tu asal banjarmasin kalimantan
atekome replied at 4-5-2015 01:51 PM
Banjar ni asal org msia or indon?? Aku peyrok kt bndr d raja so org bnjar tkde
TuntungReturn replied at 4-5-2015 01:58 PM
di perak ade banjar di bagan serai,teluk intan jawa di bagan datuk, ade skit kt area temoh ade manda ...
atekome replied at 4-5-2015 02:23 PM
Ohh tq ats mklumat tuh.teman org perok pun tk taw..pnh dgo tp tk tahu kt mn tmpt deme smua stay..p ...
obelisk replied at 4-5-2015 01:55 PM
Tak silap org banjar tu asal banjarmasin kalimantan
ADVERTISEMENT