CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz Budak: Saya difitnah

15-6-2013 12:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11737| Komen: 27

ZUMURNI HAMZAH

Ustaz Budak atau nama sebenarnya Shamsul Zaman Sukri
       

 MACHANG - Setelah lima bulan, Ustaz Budak atau nama sebenarnya Shamsul Zaman Sukri, 24, tampil memberi penjelasan dakwaan beliau menyamakan Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Nabi Muhammad SAW.
        Shamsul Zaman yang baru pulang dari Yaman berkata, beliau tidak pernah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan Nabi, sebaliknya menerangkan kepimpinan dan pemerintahannya yang mencontohi Rasulullah SAW.
        Menurutnya, kenyataan yang dibuat semasa ceramahnya di Johor tiga tahun lalu itu dimanipulasi pihak tertentu demi kepentingan politik.
”Saya bukan menyamakan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dengan Nabi, tetapi memberi contoh atau perumpamaan kepimpinan yang dilaksanakan oleh Tok Guru sama seperti nabi. Ulama adalah pewaris Nabi, maknanya ulama ini pengganti Nabi tetapi bukan Nabi secara fizikal.
”Jika saya menyamakan Tok Guru dengan Nabi, maka sesatlah saya, kafirlah saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Paloh Rawa di sini, semalam.
        Akhir tahun lalu, rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang dikatakan melabelkan ulama dan Mursyidul Am Pas itu seperti Nabi itu disiarkan sebuah portal sebelum mendapat reaksi pelbagai pihak.
        Malah, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan menyerahkan memorandum kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berhubung ceramah itu dan meminta penyiasatan  dilaksanakan bagi mengelak akidah umat Islam terpesong.
        Dalam masa sama Mufti Kelantan, Datuk Syukri Mohamad meminta Syamsul Zaman bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan akidah.
        Sementara itu, Syamsul Zaman turut mempertikaikan kenapa rakaman  kuliah agama itu tidak disiarkan secara keseluruhan, tetapi tertumpu kenyataan itu sahaja.
        Katanya, penyebaran video itu menyebabkan salah faham dan menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai terutamanya apabila ia membabitkan soal akidah.
”Apa yang pasti, video itu telah ditokok tambah, malah saya sendiri tidak tahu macam mana video itu boleh tersebar sedangkan tiada sebarang rakaman dilakukan ketika itu.
”Saya bukan penceramah Pas seperti yang didakwa. Saya penceramah bebas. Kalau Umno jemput saya sekalipun, saya terima, namun apa yang saya perjuangan dengan apa yang dilakukan Menteri Besar ketika ini selari” katanya yang berceramah di merata tempat, termasuk masjid dan surau sejak 12 tahun lalu.
        Shamsul Zaman berkata, beliau agak terkejut dengan penyebaran video itu namun menerimanya secara terbuka dan menganggapnya sebagai ujian ALLAH SWT.
        Katanya, beliau bersedia memberi penjelasan kepada khalayak termasuk Kerajaan Kelantan jika diminta berbuat demikian bagi mengelakkan salah faham yang berterusan.
“Saya tidak gementar dengan ujian  ini dan bersedia (hadapi) setiap yang berlaku, malah ia memberi kekuatan untuk terus berdakwah,. Namun jika diberikan peluang kepada saya untuk berada di petas umum termasuk bersama Menteri Besar dan ulama lain untuk menerangkan apa saya ucapkan sebelum ini,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrs.senah 15-6-2013 11:11 PM

perkasa pembela agama....




prtffttttt
Quote gogo2 15-6-2013 11:21 PM
Nampaknya pemfitnah ustaz tak berapa paham BM kot...
Quote kasmela 15-6-2013 11:39 PM
Sudah tukar ka? Pigidah lobai mabok!
Quote Anak_Nogori 16-6-2013 01:35 AM
kasmela posted on 15-6-2013 11:39 PM
Sudah tukar ka? Pigidah lobai mabok!

pada hal..Mufti Kelantan sendiri minta ustad budak ni bertaubat..takkan Mufti Kelantan yg fitnah dia sekali..
Quote kasmela 16-6-2013 02:18 AM
Anak_Nogori posted on 16-6-2013 01:35 AM
pada hal..Mufti Kelantan sendiri minta ustad budak ni bertaubat..takkan Mufti Kelantan yg fitnah d ...

Mufti Kelantan pprt, Ustaz Budak urban. haha!
Quote airfilterbersih 16-6-2013 03:54 AM
Anak_Nogori posted on 16-6-2013 01:35 AM
pada hal..Mufti Kelantan sendiri minta ustad budak ni bertaubat..takkan Mufti Kelantan yg fitnah d ...

cer tanya mufti ni pangkah ape PRU aritu..

Quote miss_baby 16-6-2013 05:38 AM
ustaz budak? nape budak pulak?
Quote iqbalriad 16-6-2013 08:20 AM
perkasa lagi..ibrahim ali tu suruh dia dok berehat le..buat2 bertaubat..dia tu dag mcm pengemis yg merempat demi survival politik
Quote minyak 16-6-2013 09:38 AM
kalo tak salah digelar ustaz budak kerana fizikalnya tak mcm dewasa biasa...
Quote MengkuduMasam 16-6-2013 09:58 AM
bila semua benda nak dipolitikan... itu yg jd masalah kat masyarakat mesia ni....

benda yg boleh diterima logik akal pun... ditafsir secara dangkal, dimanupilasi... dan disampaikan oleh kaldai politik.... mcm ni laa jdnya...
Quote batmana 16-6-2013 10:11 AM
muke dia cm budak
tu yg dipanggil ustaz budak
Quote PitMie 16-6-2013 10:18 AM
Alhamdulillaah ustaz budak dikeji Kasmela manakala Calvin Gani dipuja...ini stended baru, ini baru stended...
Quote jerukkedondong 16-6-2013 11:09 AM
sabarlah ustaz budak..
Nabi Muhammad S.A.W yg maksum tu pun difitnah,dihina dikeji dlm menyampaikn dakwahnya...
teruskn berdakwah...
Quote Anak_Nogori 16-6-2013 12:20 PM
Video ustad budak yg menyamai Nik Aziz dgn nabi yg mana Mufti Perak dan Mufti Kelantan minta dia bertaubat.

[youtube]Xnow-CcuWFw[/youtube]
Quote Anak_Nogori 16-6-2013 12:43 PM
airfilterbersih posted on 16-6-2013 03:54 AM
cer tanya mufti ni pangkah ape PRU aritu..

Kalau mufti Kelantan tu org UMMENO...sembahyangnya takdo pahalo..hebat ustad dan PAS ni..tadi dia samakan Nik Aziz dgn Nabi..loni dia sebijik macam Nik Aziz..tahu sapa dapat pahala siapa tak dapat pahala sembahyang ni..

[youtube]CYptBl1lh78[/youtube]
Quote jihah 16-6-2013 12:52 PM
betul la petanda akhir zaman, dunia dah hampir kiamat
- fitnah berleluasa & kebenaran tidak dpt dibezakan lg
Quote Anak_Nogori 16-6-2013 01:14 PM
Kufur samakan dengan nabi



Oleh AZRAN FITRI RAHIM



ABDULLAH SA‘AMAH

--------------------------------------------------------------------------------



KOTA BHARU 4 Dis. – Sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Malah mereka turut mendesak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) mengambil tindakan ke atas Shamsul Zaman Sukri atau ‘Ustaz Budak’ kerana bimbang ucapan orang fanatik seperti itu akan menjadi wabak dan malapetaka kepada masyarakat.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah berkata, punca utama perkara tersebut berlaku adalah disebabkan jahil agama dan sikap terlalu mendewa-dewakan pemimpin.

“Orang Pas sememangnya taksub kepada pemimpin mereka dan tidak pelik perkara ini berlaku kerana sejarah telah membuktikannya, sebagai contoh di India kumpulan Qardiyani menganggap pemimpin mereka sebagai nabi.

“Hadis ulama pewaris nabi yang digunakan oleh Shamsul Zaman untuk merujuk Nik Aziz nabi adalah salah, ahli sunnah memahami ulama pewaris nabi dalam ilmu hukum dan meneruskan misi dakwah dan bukan menjadi nabi, kalau begitu semua ulama dari zaman Rasulullah SAW sehingga sekarang berjuta-jutalah nabi.

“Kecintaan ‘Ustaz Budak’ itu kepada Nik Abdul Aziz keterlaluan dan melampaui batas sehingga mendewa-dewakannya melebihi segala-galanya sehingga tidak sedar batas-batas perkataan yang boleh membawa kufur atau murtad,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya MAIK menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.

Desakan tersebut dibuat selepas sebuah portal detikaperubahan.com mendedahkan rakaman video yang menunjukkan Shamsul Zaman telah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi berasaskan hadis, ‘ulama adalah perwaris nabi’.

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Nik Abdul Aziz juga perlu bertanggungjawab dalam isu tersebut kerana sikapnya yang membentuk penyokong Pas menjadi taksub dan menanam kebencian kepada umat Islam dalam UMNO.

&#147ada setiap minggu di hadapan Pejabat Pas Kelantan, Nik Abdul Aziz mengajar orang ramai supaya menganggap orang UMNO tidak Islam kerana mahu orang UMNO dan Pas bermusuh serta menanam benih-benih benci terhadap pemimpin parti itu.

“Dia turut bertanggungjawab dan jangan mendiamkan diri, kerana membenarkan pembohongan dan terlalu suka kalau dia dipuji dan dipuja,” katanya yang secara sinis bertanya adakah Ustaz Budak itu sudah mumayiz, dapat membezakan baik dan buruk atau akil baligh sehingga mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Jurucakap sebuah pertubuhan yang menghimpunkan warga institusi pondok tradisional, Minda Pondok, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman pula berkata, Shamsul Zaman wajib bertaubat kerana kenyataan itu amat bertentangan dengan Islam.

“Hadis nabi yang sahih sudah jelas iaitu ‘tiada nabi lagi selepas aku’. Jadi bagaimanapun pula kita boleh samakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.

“Dalam Islam mengaku Imam Mahadi pun haram apatah lagi nabi, dahulu al-Arqam dikenakan tindakan kerana pemimpinnya mengaku Imam Mahadi, sebab itu JAIK kena ambil tindakan,” katanya.


Quote Anak_Nogori 16-6-2013 01:38 PM
MengkuduMasam posted on 16-6-2013 09:58 AM
bila semua benda nak dipolitikan... itu yg jd masalah kat masyarakat mesia ni....

benda yg boleh ...

Betui tu..sila dengar apa kata Dr Asri dlm isu semua bende nak dipolitikkan..malah yg guna agama utk politik lebih bahaya katanya.

Sapa nak nafikannya?...sila...

[youtube]-0uYDnn4FeY[/youtube]
Quote airfilterbersih 16-6-2013 03:49 PM
AN - tu yang kite panggil ustad bahalol bengap lagi menyesatkan...

Bnyk dikalangan org pas mcm ni..perasan diri tu bgus & claim dri die tu ustad & ulama besar..

Serupa bangsat owww ini olang...
Phuihhhhhh..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.078046 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top