Sanggup Beli Kucing Harga Rm15,000
Muachi bersama piala kemenangannya setelah menjuarai kategori ‘Best Kitten’, ‘Best Kitten Shorthair’ dan ‘Best in Show’. Juri meneliti seekor kucing sebelum menentukan markah penuh.
Kanak-kanak turut tidak melepaskan peluang bermain dengan kucing yang diletakkan di dalam sangkar sempena Terengganu Cat Show. KUALA TERENGGANU – Membelai kucing menjadi satu kepuasan buat Goh Siew Lee, 27, terutama apabila haiwan peliharaannya itu bermain dan bermanja dengannya. Siew Lee mula meminati kucing selepas berkahwin dan pada permulaannya dia hanya membela kucing kampung yang sering datang ke rumahnya, sebelum mula serius untuk menjaga kucing yang lebih comel dan mahal. Tidak hairanlah, lima ekor kucing yang kini dimilikinya dibeli dengan harga RM1,000 hingga RM15,000 setiap seekor terutama baka dari Taiwan. Baka Munchkin yang dibeli di Taiwan dengan harga RM15,000 itu nama Muachi. “Saya memang suka kucing dan tidak kisah berapa harganya… tetapi sekarang saya tidak lagi bela kucing kampung, kelima-lima ekor kucing saya ini adalah kucing yang dibeli dari dalam dan luar negara. “Jaga kucing memang seronok kerana ia manja dengan kita, cuma kena jaga makan sebab bukan semua kucing boleh makan makanan kucing yang sembarangan… ada yang tidak boleh makan makanan murah nanti cirit-birit dan bawa banyak masalah, semua itu kena jaga betul-betul," katanya ketika ditemui di Terengganu Cat Show anjuran Kelab Kucing Terengganu di Muzium Negeri, di sini. Siew Lee berkata, kos bela kucing memang tinggi, makanan sahaja cecah RM500 sebulan, tidak termasuk aksesori, suplemen dan sebagainya. “Pemakanan sihat untuk kucing termasuk suplemen amat perlu diberi perhatian supaya tidak berpenyakit. "Kita kena cegah sebelum sakit.. makanan pula memang campur, dalam satu menu campur makanan bijirin untuk kulit, bulu dan juga badan supaya nampak sihat dan bulu berkilau," katanya. Cara mandi kena betul Katanya, kucing tidak boleh dimandikan terlalu kerap kerana haiwan itu boleh selesema. Cara untuk memandikan kucing juga perlu betul. "Kalau nak mandikan kucing, hanya perlu basahkan badan sahaja.. bahagian kepala perlu guna kain basah lap saja… ini ramai tak tahu, tetapi berdasarkan pengalaman, cara ini selamat untuk elak kucing sakit,” jelasnya lagi. Kelima-lima kucing Siew Lee yang dipertandingkan mewakili kategori 'kitten' yang berusia antara 3 hingga 6 bulan mendapat tempat dalam pelbagai kategori yang disertainya. Pada pertandingan itu, empat daripada lima kucingnya yang diberi nama, Coco (5 bulan), Hua Hua (3 bulan), Muachi (6 bulan) dan Ru Yi (4 bulan) masing-masing berjaya mendapat tempat. Sementara itu, seorang lagi peminat kucing dari Bukit Payong, Nurul Saidatul Fatihah Ruswi, 20 berkata, dia teruja datang ke Cat Show kerana kebanyakan kucing yang dipamerkan sangat comel. “Saya datang sini sebab memang minat kucing dan berhasrat akan sertai pertandingan sebegini pada masa akan datang kerana saya juga mempunyai seekor kucing 'garfield' (kucing parsi berwarna oren) di rumah,” katanya. Dia yang mesra dengan panggilan Saidatul juga menyimpan impian untuk membela lebih ramai kucing pada masa akan datang. 100 ekor kucing dipertandingkan Pengarah Program Terengganu Cat Show, Ahmad Iqbal Abdul Aziz berkata, lebih 100 ekor kucing dipertandingkan menerusi enam kategori antaranya, 'Kitten Longhair', 'Kitten Shorthair' dan 'Alter Longhair'. “Ini termasuk 50 penyertaan untuk pertandingan kucing cantik, 20 rumah kucing tercantik manakala 10 lagi untuk pertunjukan kucing. "Program julung kali ini mendapat sambutan lebih 2,000 peminat kucing di Terengganu yang berkunjung ke pertunjukan ini," katanya. Pertunjukan itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dan beberapa kedai haiwan peliharaan di sekitar Kuala Terengganu Menurut Ahmad Iqbal, terdapat lebih 10 jenis kucing yang dibawa masuk peserta . [url=] [/url] http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/sanggup-beli-kucing-harga-rm15-000-1.384356 |
mirage_46 replied at 28-4-2015 02:55 PM
@lil_honey ...................
zawara replied at 28-4-2015 03:50 PM
Kucing aku tak beli , orang bagi je...skrg da membiak sampai 14ekor
Esmiria replied at 28-4-2015 03:18 PM
kucing aku..walau bukn dri baka mhl2..spesel taw
melia_star replied at 28-4-2015 07:55 AM
aku tak pernah mandikan kucing2 aku...abis tu bila dijirus air dah mencecet lari nk buat camner....
ADVERTISEMENT