Kelantan Kembali Menemui Rentak
Kelantan berjaya mengutip tiga mata penting selepas menundukan pendahulu Liga Super Selangor dengan jaringan 2-1 di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu.
Penyerang import Kelantan Gilmar meledak gol pembukaan selepas menanduk cantik hantaran Badri Radzi seawal minit ke 5 sebelum pemain tengah Red Giants Nazmi Faiz menyamakan kedudukan pada minit ke 12.
Norfarhan Muhammad menjadi wira tuan rumah selepas meledak gol kemenangan pada minit ke 73.
Kemenangan ini menyaksikan pasukan kendalian Azraai Khor kini naik satu tangga menduduki tangga ke 9 dengan 10 mata manakala Selangor jatuh ke tangga kedua dirampas PDRM yang berjaya menundukan Terengganu 3-1 di Shah Alam.
Pastinya keputusan 2-1 ini bakal menjadi titik penting buat anak buah Azraai Khor untuk kembali mendaki tangga Liga Super satu demi satu bagi mengembalikan kepercayaan penyokong setia The Red Warrior.
Gandingan Gilmar dan Amutu sekali lagi mencuri tumpuan penyokong tuan rumah yang hadir di Kota Bharu.
Bagi Selangor, mereka perlu bingkas bangkit kerana mereka telah membuktikan mampu menyaingi kejuaraan walaupun tidak dianggap sebagai pasukan pilihan pada awal musim.
Keputusan lain:
ATM 1-1 Sime Darby
Felda United 0-1 Pahang
PDRM 3-1 Terengganu
Lions XII 1-0 Sarawak
sumber:www.stadiumastro.com
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|