CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

HTC Butterfly 3 Tertiris Ke Compubench

28-4-2015 11:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5026| Komen: 0



Ketirisan spesifikasi sebelum pengenalan sesuatu telefon pintar itu bukan sesuatu yang baru. Terkini, spesifikasi untuk HTC Butterfly 3 seperti tertiris dan tersenarai pada CompuBench. Ia sekaligus memberikan idea apakah yang bakal ditawarkan oleh HTC melalui peranti yang lebih memfokuskan pasaran Asia ini.


Melalui spesifikasi yang hadir ke CompuBench, HTC Butterfly 3 dilihat akan membawakan skrin bersaiz 5.1-inci dengan paparan resolusi 2560×1440 pixel. Peranti ini dilihat akan dijana menggunakan spesifikasi sama seperti HTC One M9, iaitu Snapdragon 810, selain dilengkapi memori 3GB RAM.

Menariknya untuk rakaman kamera, pihak HTC dilihat akan menggunakan kamera belakang 20-megapixel dan kamera hadapan 13-megapixel. Memandangkan keluarga Butterfly ditujukan lebih kepada pasaran Asia, maka tidak mustahil untuk kita melihat kamera hadapan yang berkualiti digunakan pada peranti ini.


Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak HTC akan memperkenalkan peranti Butterfly 3 ini. Mengikut desas-desus ia dikatakan berkemungkinan pada penghujung Mei kelak. Tetapi jika HTC ingin mengekalkan jangka masa setahun sejak ia dilancarkan, maka kita mungkin akan dapat melihatnya sekitar bulan Ogos kelak.
SUMBER RUJUKAN: PHONEARENA




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.029517 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top