Xiaomi Mi4i Akan Hadir Ke Malaysia Pada Bulan Mei 2015 – Bakal Bersaing Dengan Zenfone 2 Dan Honor 6 Plus Dalam Jualan Nampaknya bulan Mei ini mungkin agak menarik dalam arena tempatan – terutamanya memfokuskan kepada peranti berspesifikasi pertengahan ataupun peranti pada harga mampu-milik. Terkini, ketika pelancaran Xiaomi Mi4i, pihak Xiaomi telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan peranti tersebut di Malaysia pada bulan Mei kelak.
Tarikh pasti jualannya masih tidak diketahui lagi. Jika pihak Xiaomi tidak mengalami masalah pengeluaran untuk memenuhi permintaan, mungkin kita akan dapat melihat peranti ini lebih awal di Malaysia.
Xiaomi Mi4 merupakan peranti berasaskan Snapragon 615, hadir dengan memori 2GB RAM, skrin bersaiz 5-inci, dan rekaan kerangka berasaskan polikarbonat. Pihak Xiaomi turut melengkapkan bateri berkapasiti 3120mAh padanya, selain turut menyertakan sokongan dwi-SIM 4G. Bulan Mei juga bakal menyaksikan beberapa peranti lain turut memasuki pasaran tempatan, dan jikalau dalam persaingan, kita mungkin akan dapat melihat peranti ini bersaing dengan Zenfone 2 dan juga Honor 6 Plus dalam jualan. Walaupun spesifikasi yang ditawarkan adalah berbeza bagi setiap peranti ini, tetapi masing-masing mempunyai peminatnya tersendiri, dan semestinya akan menyukarkan pengguna dalam membuat keputusan. Jika anda, adakah anda akan mendapatkan Xiaomi Mi4i, ataupun mendapatkan peranti daripada Asus iaitu Zenfone 2, atau Honor 6 Plus daripada Honor? kredit:www.amanz.my |
ADVERTISEMENT