Waxing diakui satu inovasi baru yang akan menghalang bulu untuk tumbuh dalam jangka masa dua hingga ke lapan minggu. Bagi yang biasa melakukan waxing, pasti anda akan mengalami keadaan yang tidak selesa dan kadang-kadang ditumbuhi ruam. Sama ada melakukan sendiri di rumah dan atau di salon, apa yang anda lakukan selepas itu? Kali ini, LadyLista kongsikan tips untuk mengatasi masalah ketidakselesaan ini. 1. Rawatan Ais Biasnya liang roma kulit akan sedikit terbuka selepas 'waxing', jadi ruam akan senang tumbuh pada keadaan ini. Walaupun ruam tidak akan tumbuh selepas waxing kamu boleh cegahnya dengan menuam ais di bahagian yang di wax itu. Ini akan mengecilkan liang-liang yang terbuka.
2.Krim pelembab yang mengandungi ekstrak aloe vera Selepas waxing anda boleh melembutkan kawasan tersebut dengan krim pelembab yang mengandungi ekstrak aloe vera. Aloe Vera baik untuk melembutkan kulit anda. 3. Elakkan sebarang krim Jangan menggunakan losyen, gel atau deodoran pada kawasan yang baru saja di wax. Pastikan kawasan tersebut tetap bersih dan bebas daripada produk yang mempunyai bahan kimia merbahaya. 4.Elak memakai pakaian yang ketat selama 3 hari Selepas anda melakukan wax, pori-pori yang terbuka akan mengalami sedikit sensitif, pastikan anda tidak memakai pakaian yang ketat bagi mengelakkan ia menjadi alahan. - LadyLista -
|
ADVERTISEMENT