CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangan tersepit kolam renang

14-6-2013 11:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3738| Komen: 3

Georgetown: Tempoh dua jam menjadi detik cukup memeritkan ditempuh seorang kanak-kanak berusia lima tahun apabila tangannya tersepit di saluran air di kolam renang sebuah tadika di Relau, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, mangsa pada mulanya bersama sekumpulan kanak-kanak lain mengikuti kelas renang di tadika terbabit seperti biasa.

Bagaimanapun, seorang guru tadika yang bertugas pelik apabila mangsa tidak mengikut kumpulan rakan sekelasnya ketika naik ke kelas sebelum membuat pemeriksaan di kolam.


“Guru tadika berkenaan terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu masih berada di kolam renang dan dalam keadaan menangis sambil memegang tangannya.

“Sebaik menghampiri kanak-kanak itu, gurunya baru menyedari tangan kanak-kanak terbabit tersangkut di tempat saluran air dalam kolam terbabit,” kata seorang sumber.


Menurutnya, mereka cuba mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit itu, tetapi gagal sebelum pihak pengurusan tadika bertindak menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membantu kanak-kanak berkenaan.

“Sejurus menerima maklumat, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai, mereka segera cuba mengeluarkan tangan kanak-kanak terbabit dan terpaksa mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk mengeluarkan tangan mangsa dengan menggunakan minyak pelincir sebelum mangsa dikejarkan ke hospital,” katanya.

Menurutnya, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan tangannya hanya lebam selain kesan luka dan calar akibat tersepit di saluran air kolam berkenaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 14-6-2013 07:49 AM
saluran air????

yg exactly kat tepi kolam yang cam parit tu ker.. utk menyalur air yang melimpah kuar dari kolam???
cam ner leh termasuk dalam tu?
Quote seroja11 14-6-2013 08:21 AM
nasib baik dpt keluarkan tangan tu...
Quote supernaturalee 14-6-2013 08:26 AM
xdok gambo ke?

igt kt china je ade kes tersepit sepit ni?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.082819 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top