CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

"Masalah Kewangan Punca Prestasi Trw Merudum"

23-4-2015 10:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3653| Komen: 0

Description: "Nasihat Saya Agar Mereka (Penyokong) Sabar, Ramai Yang Tidak Sedar Senario Liga Malaysia Sudah Berubah Kerana Bila Empat Import Dibenar Beraksi, Ia Berubah Dan Kelebihannya Kepada Pasukan Yang Kaya ...
"Masalah Kewangan Punca Prestasi Trw Merudum"



Masalah kewangan antara punca prestasi pasukan Liga Super Kelantan merudum, sekali gus gagal bersaing dengan pasukan lain yang menerima pelbagai tajaan besar, kata Tan Sri Annuar Musa.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu, berkata faktor tersebut dikenal pasti telah menjejaskan prestasi sebenar 'The Red Warriors (TRW)' dan keadaan ini akan lebih parah jika tidak diselesaikan segera.

"KAFA kini mula mengumpul hutang yang banyak akibat kos yang tinggi, prestasi tidak dapat menyaingi pasukan tajaan negeri dan kelab berdana besar.

"Keadaan mungkin bertambah parah dan boleh membawa kepada 'tutup kedai', saya akan teruskan usaha sedikit lagi...selepas pembaikan kejurulatihan dan kualiti import, tumpuan kini kepada mental dan fizikal pemain tempatan serta soal kewangan yang sangat tenat," katanya melalui entri laman sosial Facebooknya hari ini.

Annuar menasihatkan penyokong TRW supaya bersabar dan sentiasa memberi sokongan kepada pasukan itu tidak kira dalam keadaan susah ataupun senang.


"Nasihat saya agar mereka (penyokong) sabar, ramai yang tidak sedar senario Liga Malaysia sudah berubah kerana bila empat import dibenar beraksi, ia berubah dan kelebihannya kepada pasukan yang kaya.

"Kita cuba ke separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia, kedudukan Liga Super kita cuba baiki lagi...usaha ini sangatlah berat," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pasukannya akan turun dengan barisan pemain terbaik menjelang aksi menentang Sime Darby FC dalam saingan suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Selasa ini.

"Kita akan turunkan kesebelasan terbaik 2015... Austin Amutu, Gilmar Jose Dis Santos Filho dan Erwin Carillo...trio akan berganding kali pertama dengan pemain sayap yang pantas," katanya.

Selepas lapan perlawanan Liga Super musim ini, Kelantan hanya menjaringkan enam gol dan kini berada di tangga ke-10 dengan tujuh mata, selepas hanya mencatat dua kemenangan dan satu seri


sumber:www.stadiumastro.com

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.096672 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top