Penjaga gawang Johor Darul Takzim II (JDT II) Mohd Anis Faron sah digugurkan dari pasukannya ekoran insiden yang berlaku di Pulau Pinang dan pengendali Goran Paulic menganggap ianya perkara yang lepas dan tidak mahu diperkatakan lagi.
Laporan dari akhbar Harian Metro menyatakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan pengguguran pemain itu.
Anis Faron melalui laman Facebooknya telah mengkritik pengadil perlawanan Mohd Jeffrey Zolkefli yang dianggap gagal menjalankan tanggungjawab ketika Pulau Pinang mementang JDT II disamping menggelar pasukan keselamatan yang ada sebagai tunggul kerana tidak menghalang penyokong P.Pinang yang membaling batu kearahnya.
Tindakan itu turut mengundang FAM untuk menjalankan siasatan.
Kredit imej : Anis Faron Fan Club (AFFC)
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|