CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Bapa ekspres’ cabut lari

14-6-2013 11:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4681| Komen: 26

Segamat: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari Jalan Labis di sini, dikenali sebagai Nani risau mengenangkan nasib diri selepas teman lelakinya menghilangkan diri selepas dia melahirkan anak lelaki hasil hubungan mereka sejak dua bulan lalu.

“Saya berusaha menghubunginya, tetapi gagal sedangkan sebelum ini dia berjanji akan bertanggungjawab menjaga saya selepas melahirkan anak,” katanya, semalam.

Mengimbau kembali, ia bermula pada Disember 2011 apabila teman lelakinya dikenali sebagai Hamdan, 35, yang bekerja sendiri datang ke rumahnya dan mengajaknya keluar.


Menurutnya, Hamdan membawanya bersiar-siar sebelum dia dibawa ke sebuah kebun getah sebelum mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks.

“Saya terpaksa melayan kehendak Hamdan hingga disahkan hamil lima bulan pada Disember 2012,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat pada 10 Jun lalu Katanya, dia menumpang di rumah pasangan itu hingga melahirkan anak sebelum menyerahkan anak berkenaan untuk dipelihara keluarga terbabit.


Nani berkata, sepanjang menumpang di rumah berkenaan, teman lelakinya tidak pernah datang menjenguk, malah telefon bimbitnya sukar dihubungi.

“Pada 24 Mei lalu, saya kembali ke rumah keluarga dan berusaha mengesan Hamdan tetapi gagal. Bimbang dan kesal apabila teman lelaki enggan bertanggungjawab, saya melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat pada 10 Jun lalu,” katanya.

Menurutnya, keluarganya tidak tahu dia melahirkan anak tidak sah taraf dan hanya memaklumkan keluar bekerja di Klang sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berkaitan kes berkenaan.

3

Bagus
3

Marah
5

Terkejut

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 14-6-2013 07:56 AM
...risau mengenangkan nasib diri selepas teman lelakinya menghilangkan diri selepas dia melahirkan anak lelaki hasil hubungan mereka sejak dua bulan lalu...

dah meahirkan anak...walau pun mereka baru menjalinkan hubungan sejak2 bulan yang lalu...???

Quote bbalik 14-6-2013 07:57 AM
bagi le habis dulu skolah...
baru le berchenta bagai...
Quote kazaraf 14-6-2013 07:59 AM
MissNigga posted on 14-6-2013 07:56 AM
...risau mengenangkan nasib diri selepas teman lelakinya menghilangkan diri selepas dia melahirkan a ...

baby baru 2 bulan lahir la tu. haha apo daa

Quote yarid 14-6-2013 08:04 AM
dipaksa dan terpaksa la sangat.............
Quote seroja11 14-6-2013 08:09 AM
time mcm ni baru nak menyesal...
Quote redz85 14-6-2013 08:10 AM
Katanya, dia menumpang di rumah pasangan itu hingga melahirkan anak sebelum menyerahkan anak berkenaan untuk dipelihara keluarga terbabit.

tak faham
Quote batman_2007 14-6-2013 08:13 AM
Tak payah "dipaksa" sangat laahh..
Quote TanSriJess 14-6-2013 08:18 AM
Menurutnya, Hamdan membawanya bersiar-siar sebelum dia dibawa ke sebuah kebun getah sebelum mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks.


huk alohhhh

kebun getah jer?
Quote kak_sue 14-6-2013 08:18 AM
Tak suka baca cerita budak terencat akal tapi pandai main..... Reporter pulak suka bahan cerita....masaalah rakyat akibat SEX. Ini la akibat nya bila kat keday keday mamak banyak jual kopi & teh berTongkat Ali & berKacip Patimah.
Quote ninja boy 14-6-2013 08:55 AM
apsal melayu mudah sangat diajak ke kebun getah mudah sangat diajak ngesek
Quote biskutsusu 14-6-2013 09:26 AM
low class betul pegi kebun getah. hotel bajet tade ke
Quote shop_girl 14-6-2013 09:27 PM
dlm kebun getah?? nasib x kena telan ular sawa..
Quote roblucci 14-6-2013 09:27 PM
tahniah kerana menjadi bijak
Quote liyamariska 14-6-2013 09:35 PM
tak abis2 cite camni yg kluar kt sokabar...
Quote blythes 14-6-2013 10:51 PM
kak_sue: Tak suka baca cerita budak terencat akal tapi pandai main..... Reporter pulak suka bahan cerita....masaalah rakyat akibat SEX. Ini la akibat nya  ...


thumbs up. ntah pape reporter, pasangan itu tu refer pada sape?
Quote ogata 14-6-2013 11:46 PM
MissNigga posted on 14-6-2013 07:56 AM
...risau mengenangkan nasib diri selepas teman lelakinya menghilangkan diri selepas dia melahirkan a ...

tengok miss nigga pun boleh detect keslahan ayat ayat chenta di situ kan??wartawan silap ka mangsa yang main silap mata nih?
Quote spiderman80 14-6-2013 11:54 PM
Tahniah kepada Nani sebab menjadi seorang ibu.
Quote prettyuglybabe 15-6-2013 12:26 AM
oooo... terpaksa
Quote shayjr 15-6-2013 12:28 AM
huh..dari johor buat onar..pehal datang klang buang badi..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.046925 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top