Apabila artis melakukannya sesuatu perkara pasti berduyun-duyun peminat akan meniru dan lama-kelamaan menjadi trend. Terbaharu, apabila bibir Kylie Jenner dilihat menebal setiap hari dan menjadi kegilaan para peminat.
Bagi peminat yang sukakan Kylie, pastinya mereka akan mencari alternatif baru selain melakukan suntikan besarkan bibir. Trend hangat menebalkan bibir dengan cara menyedut gelas kecil atau yang dipanggil sloki untuk lima minit dan hasilnya anda akan dapat bibir yang tebal dari sebelumnya. Mereka berpendapat dengan menyedut gelas tersebut, mereka dapat hasil bibir seperti Kylie yang dianggap seperti disengat lebah atau paling tidak mereka dapat bibir yang tebal dari biasa. Apa pendapat anda, Yay or Nay? -LadyLista -
|
ADVERTISEMENT